Wednesday, March 25, 2009

Lighting Plan-Podium

Tidak.

Tajuk diatas tiada kena mengena denagn entry hari ini.





Kata orang, tak kenal maka tak cinta.
Dah kenal terus tak cinta lagi. Haha

Maka, perihal cinta dan kerjaya tiba-tiba menaikkan nafsu aku nak menulis hari ini.
Seingatnya, aku tak pernah memblog pasal perkara-perkara serius macam, politik ke, ekonomi ke, sahsiah rupa diri ke… tak pernah kat sini.

Jadik, sempena kedatangan bulan April 2009 ni, aku nak sentuh sket la peri-perihal tentang kerjaya sebagai pendidik ni.

Sementelah ramai rakan-rakan sekelas yang sudah pun berjaya menjadi pelajar skim KPLI (Kursus Perguruan Lepasan Ijazah), tahniah diucapkan.

Maka, soalan-soalan lazim yang dikemukakan kepada aku seperti

“Ko tanak try KPLI ke?”

atau

“ Eh, Ko dah apply KPLI dah?”

dan juga

“Mereka sudah berjaya, anda bila lagi?”


Mak aku jugak sibuk bertanya.

“Akak tak minat ke jadik cikgu?”

“Tak maula. Perangai budak-budak sekarang, boleh buat sakit jantung!”





Tapi sebenarnya, ade gakla terpikir nak jadik cikgu. Memandangkan gaji sorang cikgu yang memang diketahui umum sangat mahsyuk!
Tapi gaji masyuk, kalo keje tension tak best gak.





Sebab kata makcik aku seorang nurse di Hospital Kajang, mostly patient yang mengidap hypertension ngan sakit jantung adalah terdiri dari cikgu-cikgu.
And baru-bari ni keluar kt paper, ramai cikgu-cikgu ni ada masalah mental seperti schizophrenia dan bipolar disorder .sebab mostly cikgu-cikgu memang spend lebih banyak masa kt sekolah berbanding dekat rumah. So rumahtangga jadi porak peranda.
Ini adalah fakta.

Lagi satu, pada pendapat aku, kalo nk jadi pendidk ni, tak kisahla cikgu ke, guru ke, tutor ke, pensyarah ke, waima cikgu driving school sekalipun, kenalah ada minat dan ilmu yang cukup.

Kalo ade minat tapi tak cukup ilmu pon tak guna. Sebab pengalaman aku mase sekolah dulu, cikgu-cikgu fresh graduate ni susah budak budak ni nak respect. Sebab muda remaja satu hal, pastu rasa cikgu-cikgu bajet bagus sebab dah grad ade degree la konon.

Tapi bukan semua cikgu-cikgu maktab ni yang tak ok, ade yang best yang boleh treat macam kawan. Yang type ni memang best dan mesra dengan murid-murid. Kalu luar sekolah memang boleh buat member kamceng punyelah.


Sementelah pembentangan Najib untuk bajet mini baru-baru ni mengumumkan banyak jawatan kosong untuk bekerja di sector kerajaan, termasuk lah untuk academic post.
Aku adela jugak apply, tapi bila nk apply tu agak ketaq lutut jugakla.
Bukan ape, pasalnya, aku sendiri rasa belum cukup ilmu didada tentang profession aku sekarang ni, apatah lagi nak mengajar orang pulak.

Bak kate papatah, umur baru setahun jagung, cane nk buat cekodok jagung?
Tak mane sedap jagung muda buat cekodok!
Bak kate ayah aku plak, hapah tak ghase!

Lepas tu pulak, aku ade seorang member yg sambung amik Masters. Dia pergi kelas nak menuntut ilmu dari pensyarah dia, tp end up dia yg kene terangkan dekat the whole class pasal current situation dan environment tentang profession dia. Sebabnya dia amik Masters tu part time, dan dia currently mmg sedang practice dalam profession dia. Dia kata tak kisah berkongsi ilmu, tapi, dia kesian kt lecturer tu sebab jatuhlah air muka dia sebagai seorang pensyarah, bila anak murid lagi arif dari pensyarahnya sendiri.

Maka, aku berpendapat betterlah aku hold dulu niat aku nak menjadi pengajar ni. Sebab –musababnya, aku tak rasa aku layak lagi nak mengajar. Walaupun aku dh berada dalam profession aku ni dalam setahun lebey. Aku rasa kene keje dalam 5 tahun lagi sebelum aku betul-betul fit nak jadik tutor atau lecturer.

Renung-renungkan dan…Selamat Beramal!

3 comments:

the Stalker said...

maka, soklan dr saye, bile akak nak apply kpli? haha (kunun2 tak dpt moral of the story)

btol tu, yg penting minat dan ilmu. dlm ape jua. walaupun senarnye pengalaman dan ilmu tu dtg dr pelbagai arah dan sumber.
even dah wat phd tp takde experience in the field mcm tak cukup jgk.. vice versa la. its a long process of learning. do wat ur heart says ok! *wink2*

sepigegar said...

eh sebenonya dah apply dh KPLI...
hahaha

cakap tak serupa bikin daaa

haha

cik chummie said...

apa yang penting..lakukan apa sahaja dengan niat yang ikhlas..jangan labur saham-saham akhirat yang penuh "riba" untuk hari kemudian..sekiranya diberi peluang..go girl...mengajar dan belajar...manjadi pengajar tak semestinya kita dah cukup ilmu..tapi sebenarnya..membuatkan kita terus mencari ilmu...yang penting...kita bersedia..mentally, intellectually, physically....n so on...insyaallah..perjuangan yang baik, tak kira dalam bidang apapun..akan ade jalan yang terbaik..amin...dont ever involved any immoral politic..cause politic.."kipas suka mati" is suck!!...dalam maksudnya tu..