Monday, March 30, 2009

Bila Dah Banyak Masa Senggang...

Iya.

Aku lebih terurus sekarang.
Sebab, semua deadlines dah lepas.
Ada lah 2,3 deadlines lagi kena follow.
Tapi itu semua due pertengahan bulan 4.
Aku malas nak buat awal-awal.
[lagi nak procrastinate, pastu nanti menggelabah ayam]






Lega.







So, I have more me time.
[That’s why hari-hari pon buleh update blog]




Yeay me!




Bak kata pepatah, hujan, walau selebat manapun ia turun, ia pasti akan reda jua.






Iya.
Semenjak kebelakangan ini aku sangat puitis.
Aku pun tidak tahu mengapa…
Kalau diikutkan result SPM, paper BM aku memang hancur.
Macam malu nak ngaku anak Melayu bila paper BM aku hanya berpangkat 4B.
Terasa sungguh koya aku ini.


Pagi tadi seorang kawan telefon.
Beliau membawa khabar buruk.
Khabar yang tak sanggup untukku dengar.

Aku terpana seketika.



Terkesima.




Speecless.




Tidak!


“Eh! Exam KPLI tu ari sabtu lepas la”



@*&%$*%#!!!$%%^






Kenapa?




Kenapa aku tak tahu-menahu pasal hal ini?



Padanla pon aku tunggu surat tak kunjung tiba.
Rupa-rupanya kene check online selalu.
Kene alert tentang jadual MTEST tu…





Aku sungguh keciwa…








Ehem ehem…

Oleh kerna aku ni seorang yang optimist,
Maka, aku membuat kesimpulan, mungkin bukan rezeki aku.
Mungkin peluang aku di tempat lain.
(nak pujuk hati sendiri, padahal frust gila)


Oleh itu kawan-kawan,
(note to self, actually)
Kalau online tu jenguk-jenguklah website MOE tu, jangan asyik bukak Facebook je….






Huwaaaa!!!!!!

Wednesday, March 25, 2009

Lighting Plan-Podium

Tidak.

Tajuk diatas tiada kena mengena denagn entry hari ini.





Kata orang, tak kenal maka tak cinta.
Dah kenal terus tak cinta lagi. Haha

Maka, perihal cinta dan kerjaya tiba-tiba menaikkan nafsu aku nak menulis hari ini.
Seingatnya, aku tak pernah memblog pasal perkara-perkara serius macam, politik ke, ekonomi ke, sahsiah rupa diri ke… tak pernah kat sini.

Jadik, sempena kedatangan bulan April 2009 ni, aku nak sentuh sket la peri-perihal tentang kerjaya sebagai pendidik ni.

Sementelah ramai rakan-rakan sekelas yang sudah pun berjaya menjadi pelajar skim KPLI (Kursus Perguruan Lepasan Ijazah), tahniah diucapkan.

Maka, soalan-soalan lazim yang dikemukakan kepada aku seperti

“Ko tanak try KPLI ke?”

atau

“ Eh, Ko dah apply KPLI dah?”

dan juga

“Mereka sudah berjaya, anda bila lagi?”


Mak aku jugak sibuk bertanya.

“Akak tak minat ke jadik cikgu?”

“Tak maula. Perangai budak-budak sekarang, boleh buat sakit jantung!”





Tapi sebenarnya, ade gakla terpikir nak jadik cikgu. Memandangkan gaji sorang cikgu yang memang diketahui umum sangat mahsyuk!
Tapi gaji masyuk, kalo keje tension tak best gak.





Sebab kata makcik aku seorang nurse di Hospital Kajang, mostly patient yang mengidap hypertension ngan sakit jantung adalah terdiri dari cikgu-cikgu.
And baru-bari ni keluar kt paper, ramai cikgu-cikgu ni ada masalah mental seperti schizophrenia dan bipolar disorder .sebab mostly cikgu-cikgu memang spend lebih banyak masa kt sekolah berbanding dekat rumah. So rumahtangga jadi porak peranda.
Ini adalah fakta.

Lagi satu, pada pendapat aku, kalo nk jadi pendidk ni, tak kisahla cikgu ke, guru ke, tutor ke, pensyarah ke, waima cikgu driving school sekalipun, kenalah ada minat dan ilmu yang cukup.

Kalo ade minat tapi tak cukup ilmu pon tak guna. Sebab pengalaman aku mase sekolah dulu, cikgu-cikgu fresh graduate ni susah budak budak ni nak respect. Sebab muda remaja satu hal, pastu rasa cikgu-cikgu bajet bagus sebab dah grad ade degree la konon.

Tapi bukan semua cikgu-cikgu maktab ni yang tak ok, ade yang best yang boleh treat macam kawan. Yang type ni memang best dan mesra dengan murid-murid. Kalu luar sekolah memang boleh buat member kamceng punyelah.


Sementelah pembentangan Najib untuk bajet mini baru-baru ni mengumumkan banyak jawatan kosong untuk bekerja di sector kerajaan, termasuk lah untuk academic post.
Aku adela jugak apply, tapi bila nk apply tu agak ketaq lutut jugakla.
Bukan ape, pasalnya, aku sendiri rasa belum cukup ilmu didada tentang profession aku sekarang ni, apatah lagi nak mengajar orang pulak.

Bak kate papatah, umur baru setahun jagung, cane nk buat cekodok jagung?
Tak mane sedap jagung muda buat cekodok!
Bak kate ayah aku plak, hapah tak ghase!

Lepas tu pulak, aku ade seorang member yg sambung amik Masters. Dia pergi kelas nak menuntut ilmu dari pensyarah dia, tp end up dia yg kene terangkan dekat the whole class pasal current situation dan environment tentang profession dia. Sebabnya dia amik Masters tu part time, dan dia currently mmg sedang practice dalam profession dia. Dia kata tak kisah berkongsi ilmu, tapi, dia kesian kt lecturer tu sebab jatuhlah air muka dia sebagai seorang pensyarah, bila anak murid lagi arif dari pensyarahnya sendiri.

Maka, aku berpendapat betterlah aku hold dulu niat aku nak menjadi pengajar ni. Sebab –musababnya, aku tak rasa aku layak lagi nak mengajar. Walaupun aku dh berada dalam profession aku ni dalam setahun lebey. Aku rasa kene keje dalam 5 tahun lagi sebelum aku betul-betul fit nak jadik tutor atau lecturer.

Renung-renungkan dan…Selamat Beramal!

Friday, March 20, 2009

Mari membelug

Serius shit dah lama tak update blog ni.

Aku punye busy mengalahkan Obama.



So much I have in my mind right now.
Workload tak usah cerita la. Manjang je banyaknye.

I really need to get my mind off work matter now.
So, this is the place to.

Jason is back.
So I’m so damn happy.
We’ll go places that we’ve never been to.
Places far away from here.
This is my promise to you, my dear.
Thank you for forgiving me.




****




hari ini, tak tahu lah berapa bayak kali aku mengeluh.
Aku tau mengeluh itu adalah satu manifestasi buruk kepada Allah.
Tapi aku still mengeluh.

Banyak sangat benda yang aku fikir sekarang ni.

Tolong.

Tolong kembalikan ketenangan fikiran aku!









ooh by the way, this is Jason, hurt.





Im so glad you're back Jason! ;)