Friday, August 22, 2008

Statik Statistik

Dah lama tak update blog ini.

Tiada idea yang bernas dan nafsu baru untuk di lampiaskan disini.

Setakat cerita tentang hidup aku yang plain okay ni..memang plain okay lah.

Hambar.

Malar.

Statik.



Rutin harian bermula seawal 6.30 pagi.

Bangun.

Solat.

Iron baju.

Mandi.

Sarapan.

Pergi Kerja Kejar Komuter.

Buk bak buk bak kat office.

5.30-6.00 balik (waktu balik bergantung kepada tahap ke-urgent-an kerja-kerja).

Tunggu Komuter.

6.15-7.00 sampai rumah.

Mandi.

Makan.

Solat.

Menonton peti televisyen.

11.30-12.00 tidur.

Begitulah seterusnya.



Hanya pada waktu hujung minggu je boleh nak bersuka-ria.

Keluar beronggeng bersama-sama rakan-rakan yang sama status
(sebab kalau tak sama status, hujung minggu mereka diluangkan untuk ngedate atau Masa Berkualiti bersama suami)



Cuma untuk weekends sebulan dua ni, hujung minggu dipenuhi dengan undangan walimatul urus.

Asal weekend, ada orang kahwin.
Asal orang kahwin je, weekend.





And yes,

Don’t even think about it!

I know you are going to ask,

‘Kau bila nak kahwin?’


untuk kesejuta kalinya aku jawab,

AKU TAK TAHUUUUUUUUUUUU!!!!!!



Ehem.




Berbalik kepada persoalan statik-statistik tadi.

Baru-baru ini,hujung minggu dihabiskan di Terengganu.

Rakan se-Tempat Belajar berkahwin.

Hanya kami berlima yang mewakili Rakan-Rakan Sekelas untuk ke kenduri Kaker.
Aku, Cik Kota Damansara, Cik Sri Gombak dan seorang driver, En. Ampang bersama co-driver yang banyak-tidur-dari-memandu En Sentul.

Trip yang penat tetapi meriangkan.

Dan ya, trip yang menggelapkan kulit.

Maklumlah kala tengahari buta bersiar-siar di tepi pantai.

Selepas itu, menangkap gambar aksi lompat-melompat-di-tepi-pantai.

Dan seperti biasa, Makcik-makcik Bertudung Labuh dan Pakcik-pakcik Bersongkok Putih memandang serong kapada kami.

Berapa darjah tahap kecondongan pandangan serong Makcik-makcik Bertudung Labuh dan Pakcik-pakcik Bersongkok Putih terhadap kami, tidak pula diketahui.



Kami memang Attention Seeker!



Terima kasih kepada Cik Kota Damansara, Cik Sri Gombak, En Ampang dan En Sentul untuk Hujung Minggu yang Meriangkan!

Thursday, August 7, 2008

Mencari Damai Di Hati....Bin Sharipuddin!

“Keluar dating ek semalam?”

“Boyfriend sihat?”

“Cik Abe keje mane?”


Soalan-soalan tipikal yang sering ditujukan kepada aku yang aku dah malas nak jawab.

Susah jadi orang perempuan ni tau tak?

Tambah susah kalau perempuan dah berumur macam….
(err aku ni taklah tua sangat….baru nak masuk 25…heh)


Which part of “I’m not seeing anybody” and “I don’t have a boyfriend” that they don’t understand?


Susah sangat ke nak percaya?


Unbelievable? Believe it…….. Please!




Hidup aku ini dikelilingi ramai…errr dara terlajak….

ANak DAra Lanjut USIA…..in short Andalusia…

Errr kalo Anak Bujang Tua bulehla panggil Anbutu ek?
(buruk gila bunyi!)










Aku ada seorang lecturer yang errr Andalusia…

Setiap kali dia badmood ke moody ke..mesti kami ni risau…


“Ko tolongla carikan husband untuk Dr M tu… Asyik badmood je”

“Ish…Bilalah dia ni nak kahwin… Susah betul!”


I don’t know why women who are above thirty-five and not married yet will be associated with this kind of situation. Why people like to connect being moody with marriage?

Is there any scientific explanation?

Or it is just mere assumption?

Or an urban legend?

Or a myth?



Kenapa ya?


Ada akak kat office aku ni dah berumur 40 dan tak kahwin-kahwin lagi.
And yes dia selalu mempunyai mood yang sukar di jangka. Unpredictable.
Dia boleh jadi seorang yang sangat verbal dan baik hati dalam satu masa.
Aku selalu kagum dengan mood dia yang macam harga ayam proses kat Pasar Borong Selayang tu. Kejap naik, kejap turun. Kejap ok, kejap tak ok.
Kenapa dia tak kahwin lagi?
I’m still investigating on it.
Mengikut cerita Ahli Majlis Makan-Kat-MZ, akak tu adala dua tiga kali bercinta tapi jodoh tak sampai.
So sampai la ni dia tak kahwin-kahwin lagi.
And aku tengok dia pon macam dah tak bother lagi pasal perhubungan male-female ni.
Tak kisahlah kak, janji akak bahagia…

Satu lagi kes.
Akak kat tempat keje mak aku.
Kiranya dia ni an achiever gak la.
Dah ade kete besar,
Gaji besar,
Rumah bes….eh tak rumah dia same je cam rumah aku.
Umur dia pun dalam lingkungan 40+ jugak.
And, tak kahwin lagi.
Adik-adik bawah dia semua dah kahwin.
Akak tu lawa lah jugak.Pada akulah.
Pada pandangan kaum adam tak tahulah pula kan?
Cantik itu subjektif.
Beauty lies in the eye of the beholder.
At least, that’s what people say.
Kau dan aku sama-sama punya perspektif yang berbeza tentang cantik.


Kan?


Jadik sempena esok adalah hari Jumaat, maka aku tiba-tiba terfikir.

What if, someday I’ll end up like them?

Wah! Takotnye!


At what age should I be freaked out if I don’t have a "somebody"?

25?
30?
35?
40?


Perlukah aku menggelabah ayam sekarang ni?


Erkkkkk




*errr tarik napas*


hinnss hinnss


rileks….rileks…