Friday, August 22, 2008

Statik Statistik

Dah lama tak update blog ini.

Tiada idea yang bernas dan nafsu baru untuk di lampiaskan disini.

Setakat cerita tentang hidup aku yang plain okay ni..memang plain okay lah.

Hambar.

Malar.

Statik.



Rutin harian bermula seawal 6.30 pagi.

Bangun.

Solat.

Iron baju.

Mandi.

Sarapan.

Pergi Kerja Kejar Komuter.

Buk bak buk bak kat office.

5.30-6.00 balik (waktu balik bergantung kepada tahap ke-urgent-an kerja-kerja).

Tunggu Komuter.

6.15-7.00 sampai rumah.

Mandi.

Makan.

Solat.

Menonton peti televisyen.

11.30-12.00 tidur.

Begitulah seterusnya.



Hanya pada waktu hujung minggu je boleh nak bersuka-ria.

Keluar beronggeng bersama-sama rakan-rakan yang sama status
(sebab kalau tak sama status, hujung minggu mereka diluangkan untuk ngedate atau Masa Berkualiti bersama suami)



Cuma untuk weekends sebulan dua ni, hujung minggu dipenuhi dengan undangan walimatul urus.

Asal weekend, ada orang kahwin.
Asal orang kahwin je, weekend.





And yes,

Don’t even think about it!

I know you are going to ask,

‘Kau bila nak kahwin?’


untuk kesejuta kalinya aku jawab,

AKU TAK TAHUUUUUUUUUUUU!!!!!!



Ehem.




Berbalik kepada persoalan statik-statistik tadi.

Baru-baru ini,hujung minggu dihabiskan di Terengganu.

Rakan se-Tempat Belajar berkahwin.

Hanya kami berlima yang mewakili Rakan-Rakan Sekelas untuk ke kenduri Kaker.
Aku, Cik Kota Damansara, Cik Sri Gombak dan seorang driver, En. Ampang bersama co-driver yang banyak-tidur-dari-memandu En Sentul.

Trip yang penat tetapi meriangkan.

Dan ya, trip yang menggelapkan kulit.

Maklumlah kala tengahari buta bersiar-siar di tepi pantai.

Selepas itu, menangkap gambar aksi lompat-melompat-di-tepi-pantai.

Dan seperti biasa, Makcik-makcik Bertudung Labuh dan Pakcik-pakcik Bersongkok Putih memandang serong kapada kami.

Berapa darjah tahap kecondongan pandangan serong Makcik-makcik Bertudung Labuh dan Pakcik-pakcik Bersongkok Putih terhadap kami, tidak pula diketahui.



Kami memang Attention Seeker!



Terima kasih kepada Cik Kota Damansara, Cik Sri Gombak, En Ampang dan En Sentul untuk Hujung Minggu yang Meriangkan!

1 comment:

Anonymous said...

benar2... sungguh meriangkan! (dari cik sri gombak)