Friday, May 22, 2009

tagged!





macam dah berzaman tak update blog.

rupanya sudah di tag oleh aidah dan liza.

ok. kita mulakan sekarang!

Copy award di atas untuk diletakkan di blog anda.
Ok.

2. Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini:

-Aidah
1: Aida adalah seorang manusia yang berkebolehan bercakap dengan laju.Mungkin 88 patah perkataan seminit.
2: Aida sedang menunggu seorang Henry Golding atau Johan "Thorpe" Abdullah untuk hadir dalam hidup beliau...
3: Beliau seorang yang outspoken.(I consider that as a good thing)
4: Beliau seorang yang kalau rasa betul, akan mempertahankan pendapat beliau sehingga ke akhirnya...(betul aida, jgn tanak ngaku)
5: Tiada manusia lain seperti Aidah.

-Liza

1: Seorang yang sangat hardworking.Saya sangat kagum dengan beliau.
2: Beliau seorang yang pandai memasak, maka beliau boleh menjadi calon isteri yang hebat.
3: Liza adalah seorang yang kerap tersusil, maka dia seorang yang kelakar.
4: Ciri-ciri lelaki idaman beliau terdapat pada Ustaz Zamri(TV9)
5: Tiada manusia lain seperti Liza.


3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya:


1. Saya adalah seorang penghidap LSE (Low Self Esteem) yang tegar.Maka saya adalah seorang yang pemalu.Benar. Saya tidak tipu.
2. Saya sangat suka menonton tv,DVD,wayang gambar dan sewaktu dengannya.Waktu senggang saya adalah waktu menonton tv.
3: Saya tidak percaya kepada cinta pandang pertama.Bagi saya, cinta pandang pertama adalah berasaskan nafsu semata-mata.
4: Saya tidak pernah jatuh cinta dan tidak pernah bercinta.(ya, agak pathetic, saya tahu)
5: Saya mendapati saya sebenarnya sudah tersalah bidang kerjaya kerana saya rasa saya tidak suka (dan tidak pandai sebenarnya) untuk mereka (design).serius.
6: Saya sangat percaya kepada hukum karma-what goes around comes around.
7: Saya ingin mempunyai sebuah rumah di tepi laut atau di tepi tasik seperti rumah didalam cerita The Lake House, The Love Letter atau Sleeping With the Enemy (ya,saya ada hajat yang besar,semua orang boleh bermimpi bukan?)
8: Saya suka mencuba sesuatu yang baru terutamanya makanan.
9: Ramai berpendapat saya adalah seorang anak nombor dua padahal saya adalah anak bongsu.Mereka berpendapat saya bukan seorang yang manja.Saya hanya bermanja kepada ahli keluarga saya sahaja.
10: Saya ingin melancong ke Norway dan Korea serta belajar berenang dan belajar menari belly dancing.



ooh sungguh seronot membuat perkara ini.



4: penerima award seterusnya:-

ermm oleh kerana saya tidak mempunyai ramai rakan-rakan didalam blogosfera ini, maka siapa-siapa yang baca entry ini telah di-tagged.

Silalah tagged orang lain pula. haha

Monday, May 4, 2009

I can dream, can’t I?

I don’t know why, but every time I’m in front or be at the nearby place of somebody of the royals or the Menteri-s I freaked out or I become somebody I’m not.







Gelabah Ayam.








Serious.




Macam masa graduation day, dapat scroll dari sultan, bile sultan tegur aku terus lupe step-step cane nak amik scroll tu.

Terus lupe pasal rehearsal.

Blank.

“Tahniah!” kata sultan,


Terkejut…terkesima…. “Ha? Oh! Terima kasih”


Ambik scroll sebelah tangan dan terus berlalu meninggalkan pentas….


Pasni kalu kene tulah tak taula…


Aku memang cepat menggelabah ayam kalu berada dekat ngan orang besar ni.
(not literally la, mind you)

cam dato’-dato’ ke tan sri-tan sri ke tun-tun ke.


Ish cane nak kawen ngan orang kaya ni?





Macam aritu nak amik gambar ngan mantan Perdana Menteri,

Dengan selamber je aku tanya “Pak Lah, nak bergambar dengan Pak Lah”


Pakkanlah Pak Lah tu sporting…klu tak kene buang negeri aku….





******




Penat shopping dengan orang yang beli barang hantaran kawen.
(orang lain yang nak kawen, bukan aku, mind you)




Abis satu kedai masuk satu kedai.


Abis satu Sogo, masuk Lot 10 plak.




Serius tak tipoo punya.




Sangat penat.








Sekarang aku macam paham perasaan ayah aku bile dia dok tunggu aku ngan mak aku p shopping.


cam insaf sikit...