Thursday, November 6, 2008

Panorama Yang Anda Tak Ingin Lihat...

“ Hello, may I speak Mr Shaz?”

“Owh you mean, Ms Shaz?.”

Silent.

“Yes, may I speak to Mr Shaz?
(pekak ke ape dia ni?)

“err mister, you mean Ms Shaz rite? There’s no Mr Shaz here.

“Ooh , sorry, then, can I speak tu Ms Shaz?

“Yes, speaking."

“So sorry, I thought you’re a man.”

“Its okay. I get that a lot.”



A lot la sangat!



Patutla bila dapat fax dari dia tadi ada nama Mr Shaz.
Aku dok ingat Mr Shaz mana…
Bos aku siap gelak besar lagi…
Selamat dia bos, kalu tak, sure aku kasi penampo jepun satu..




Apakah?





Nama aku punyala jelita…
Cane derang bley tak tau aku ni seorang pompuan?




Hisy!




Apa punya olang la ni??

Wednesday, November 5, 2008

Show Stopper!

Adakah ada yang Akan Mendoakan Kita?

Seorang pengarah yang berjaya mengalami kemalangan dan akhirnya strok.Sudah tenat selama 7 hari dan dirawat di ICU. Di saat orang-orang terlelap dalam mimpi malam, dalam dunia roh seorang malaikat menghampiri si pengarah yang terbaring tak berdaya.

Malaikat memulakan pembicaraan,
“Kalau dalam waktu 24 jam ada 50 orang berdoa untuk kesembuhanmu, maka kau akan hidup. Dan sebaliknya jika dalam 24 jam jumlah yang aku tetapkan belum dipenuhi, itu bermakna kau akan meninggal dunia!”

“Kalau hanya mencari 50 orang, itu sangat mudah” kata si pengarah ini dengan yakinnya.

Setelah itu Malaikat pun pergi dan berjanji akan datang 1 jam sebelum waktu yang sudah ditetapkan.

Tepat pukul 23:00, Malaikat kembali mengunjunginya; dengan bangganya si pengarah bertanya, “Adakah esok pagi aku akan pulih? Pasti banyak yang berdoa buatku, jumlah pekerja aku lebih dari 1000 orang, jadi kalau hanya mencari 50 orang yang berdoa pasti bukan perkara susah.” Kata pengarah itu dengan angkuhnya.

Dengan lembut si Malaikat berkata, “Anakku, merata sudah aku mencari suara hati yang berdoa buatmu tapi sampai saat ini baru 3 orang yang berdoa buatmu, sementara waktumu tinggal 60 minit lagi. Rasanya mustahil kalau dalam waktu terdekat ini ada 50 orang yang berdoa untuk kesembuhanmu”

Tanpa menunggu reaksi dari si pengarah, si malaikat menunjukkan layar besar berupa TV siapa 3 orang yang berdoa untuk kesembuhannya. Di layar itu terlihat wajah duka dari sang isteri, di sebelahnya ada 2 orang anak kecil, putera puterinya yang berdoa dengan khusuk dan nampak ada titisan air mata di pipi mereka.

Kata Malaikat, “Aku akan memberitahumu, kenapa Tuhan rindu memberikanmu kesempatan kedua? Itu kerana doa isterimu yang tidak putus-putus berharap akan kesembuhanmu”.

Kembali terlihat dimana si isteri sedang berdoa jam 2:00 subuh,
“Ya Tuhan, aku tahu kalau selama hidupnya suamiku bukanlah suami atau ayah yang baik! Aku tahu dia sudah mengkhianati pernikahan kami, aku tahu dia tidak jujur dalam kerjanya, dan kalaupun dia memberikan sumbangan, itu hanya untuk populariti dan menaikkan namanya saja untuk menutup perbuatannya yang tidak benar dihadapanMu. Tapi Tuhan, tolong pandang anak-anak yang telah Engkau berikan pada kami, mereka masih memerlukan seorang ayah. Hambamu ini tidak mampu membesarkan mereka seorang diri.” Doa si isteri buat sang suami. Dan setelah itu isterinya berhenti berkata-kata tapi air matanya semakin deras mengalir di pipinya yang kelihatan cengkung.

Melihat peristiwa itu, tanpa disedari, air mata mengalir di pipi pengarah itu. Timbul penyesalan bahawa selama ini, dia bukanlah suami yang baik. Dan bukan ayah yang menjadi contoh bagi anak-anaknya. Malam ini dia baru sedari betapa besar cinta isteri dan anak-anak padanya.

Waktu terus berlalu, waktu yang dia miliki hanya 10 minit lagi, melihat waktu yang makin sempit semakin menangislah si pengarah ini,penyesalan yang luar biasa. Tapi waktunya sudah terlambat ! Tidak mungkin dalam waktu 10 minit ada 47 orangyang berdoa buatnya!

Dengan sedihnya dia bertanya, “Apakah diantara pekerjaku, kaum kerabatku, teman-temanku, tidak ada yang berdoa buatku?”

Jawab si Malaikat, “Ada beberapa yang berdoa buatmu.Tapi mereka tidak ikhlas. Bahkan ada yang mensyukuri penyakit yang kau derita saat ini. Itu semua kerana selama ini kamu mementingkan diri, sombong, menganiaya pekerja, kejam, ego dan bukanlah pihak atasan yang baik. Bahkan kau sanggup memecat pekerja yang tidak bersalah dan yang tidak setimpal dengan kesalahannya.”

Si pengarah tertunduk lemah, dan pasrah jika malam ini adalah malam yang terakhir buatnya. Tapi dia meminta waktu sesaat untuk melihat anak dan si isteri yang setia menjaganya sepanjang malam. Air matanya tambah deras, ketika melihat anaknya yang sulung tertidur di kerusi hospital dan si isteri yang kelihatan penat juga tertidur di kerusi sambil memangku si bongsu.

Ketika waktu menunjukkan pukul 24:00, tiba-tiba si Malaikat berkata, “Anakku, Tuhan melihat air matamu dan penyesalanmu! ! Kau tidak jadi mati,kerana ada 47 orang yang berdoa buatmu tepat jam 24:00”

Dengan hairan dan tidak percaya, si pengarah bertanya siapakah yang 47 orang itu. Sambil tersenyum si Malaikat menunjukkan suatu tempat yang pernah dia kunjungi.

“Bukankah itu Rumah Anak-Anak Yatim?” kata si pengarah perlahan.
“Benar anakku, kau pernah memberi bantuan bagi mereka beberapa bulan yang lalu, walau aku tahu tujuanmu saat itu hanya untuk mencari populariti saja dan untuk menarik perhatian kerajaan dan pelawat luar negeri.”

Pagi tadi , salah seorang anak itu membaca di surat khabar bahawa seorang pengarah terkena strok dan sudah 7 hari di ICU. Setelah melihat gambar kamu di surat khabar dan yakin bahawa ianya kamu, iaitu orang yang pernah menolong mereka dan akhirnya anak-anak yatim itu sepakat berdoa untuk kesembuhanmu.

Doa sangat besar kuasanya. Kita malas. Tidak ada waktu. Beban untuk berdoa bagi orang lain. Ketika kita mengingat seorang sahabat lama/keluarga, kita fikir itu hanya kebetulan saja padahal seharusnya kita berdoa bagi dia. Mungkin saja pada saat kita mengingatnya dia dalam keadaan memerlukan doa dari orang-orang yang mengasihi dia.

Disaat kita berdoa bagi orang lain, kita akan mendapatkan kekuatan baru dan kita boleh melihat kemuliaan Allah dari peristiwa yang terjadi. Hindarilah perbuatan menyakiti orang lain... Sebaliknya perbanyaklah berdoa buat orang lain.

Kerana pahlawan sejati, bukan dilihat dari kekuatan fizikal dan hartanya,tapi dari kekuatan hatinya. Katakan ini dengan perlahan, 'Ya Allah saya mencintai-MU dan memerlukan- MU, datang dan terangilah hati kami sekarang...! !!'



********



Lately ni, aku banyak mimpi plak.
Mimpi pasal kawan-kawan yang dah lama tak jumpa.

Awie, aku siap mimpi ko kene lempang pastu mati. Boleh gitu?

Mak cakap itu tandanya dia sedang dalam kesusahan.
Jadi bila termimpi ke tiba-tiba teringat ke kt someone, Mak cakap berdoalah untuk dia.
Semoga dia sihat sejahtera dan dipermudahkan hidupnya.

Jadi, untuk semua kawan-kawan:

Ud Awie Solekh Kak Yun Ariffin Udeng Debok Padal Azizul Jane Syah Shzn Amal Ahmad Surai Suli Intan Dus Nan Yam Aidah Ely Paul Hana Roha Phat Bet Olyn Yani Kecik Tion Yani Besar Febri Nuar Fwoggy Kaker Niesa Pain Soul Ebal Asha Wawa Aini Ardi Neem Eva Madec Liza Safi Caal Zie Ismah Ryan Deena Mizi Abe Elmo Ira Shila Robi Kerchek Senik Odah Rose Izai Ina Fifi Aya Deko Ana Q Tim Huda Salleh Benk Firdaus….

These are the names that I can remember. Those I don’t, sorry so much.
Regardless where you all at right now, I wish you all well and live a happy life.

Aku doakan korang semua sihat wala’fiat dan senang dalam hidup.
Ikhlas dari aku…

Tuesday, November 4, 2008

Gratitude...

Aku baca paper Metro Ahad yang lepas.

Pasal ada seorang lelaki yag menulis tentang hidupnya yang sengsara dan derita.
Katanya dia mempunyai rupa yang kurang menarik dan dilahirkan didalam keluarga yang miskin. Ayahnya seorang yang tidak berguna dan ibunya yang menyara keluarga selama ini.

Dia menulis surat itu kerana rasa tidak puas hati terhadap nasib yang menimpa dirinya. Dia membandingkan dirinya yang tidak seberapa dengan seorang kawannya yang pada pendapatnya punya segalanya. Rupa yang kacak, kaya dan mempunyai kerjaya yang cerah.

Pada dia Allah itu sangat tidak adil. Kerana nasibnya yang begitu. Dia siap boleh cakap lagi bagaimana di akhirat kelak Allah akan menjawab bila menghimpun manusia berdasarkan takdir yang telah ditentukanNya. Nauzubillah...

Pada ku mamat ni tak reti bersyukur. Sang Penulis diruangan itu juga berpendapat sama macam aku. Sang Penulis itu pulak membandingkan situasi mamat itu yang cukup makan, cukup pakai, hidup pulak dalam negara yang aman damai. Sang Penulis juga membandingkan hidup mamat tu dengan orang-orang kat Somalia, Habsyah, Darfur yang hidup segan mati tak boleh.

Tiba-tiba aku terfikir.

Kadang-kadang aku pun ada terdetik jugak macam itu. Bila tengok hidup aku compare dengan hidup orang lain yang pada aku senang berbanding hidup aku.
Mulalah aku rasa dunia ni tak adil, kenapa nasib aku macam ni, kenapa aku tak macam orang lain?

Kau tau tak semua rasa dan perasaan ini membunuh kau dari dalam?

Sebab perasaan-perasaan inilah yang buat aku jadi unhappy, rasa down sangat-sangat. Bila kau asyik rasa benda-benda negatif, hidup kau jadi kusam tau. Jadi boring, bosan, gelap, kelam.

Macam aku, bila asyik fikir negatif, aku jadi tak nampak benda-benda positif dalam hidup aku. I didn’t see the big picture. I became a pessimist. Aku jadi tak bersyukur.
Aku kufur nikmat…

Nauzubillah….

Selamat aku cepat tersedar.
Bila baca artikel kat paper tu, aku jadik insaf.

Ya Allah, sepatutnya aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang ini.
Walaupun tak banyak macam orang lain, tapi sekurang-kurangnya, aku masih lagi ada Mak dan Ayah, masih ada rumah yang boleh berteduh walaupun tak besar, masih ada kerja walaupun gaji tak banyak, masih ada kawan-kawan walaupun tak ramai.

Masih hidup dan mampu bernafas.

Aku patut bersyukur aku boleh melihat.
Aku patut bersyukur aku masih boleh berjalan dan berlari.
Aku patut bersyukur kerana masih boleh makan dan minum apa saja yang aku suka.
Aku patut bersyukur sebab masih boleh mendengar.
Aku patut bersyukur sebab masih hidup sehari lagi….

Cuba kau bayangkan kalau Allah tarik satu-satu nikmat tu.
Tak payah banyak, cuba kalau satu hari kau accident dan patah kaki.
Nak buat semua benda pun payah.
Nak mandi susah, nak buang air susah, nak pergi kerja susah, nak kemana-mana pun susah.

All the small things that we always take for granted.
Things that you need to do for survival macam pakai baju sendiri, makan-minum sendiri tak perlu nak mintak tolong sesiapa.
It may seem small but sure means a lot to someone that has already lost it.

Benda-benda kecik nilah yang buat aku rasa kerdilnya diri aku ni. Yang buat aku rasa aku memang seorang Hamba Allah yang dijadikan hanya untuk menyembahNya.

Jadi, sempena itu, marilah kita bersyukur dengan apa yang kita ada.
Kerana Allah itu Maha Adil dan Maha Mengetahui…

Wallahulam.

Me Likey!

I Boy Band!

Ayat trademark En. Ampang.

Well, so does me.

Aku dulu memang Pencinta Boyband.

Backstreet Boys….N’sync….911….Code Red…98 Degrees…

The Boyz…5ive…Ultra….Boyzone….

semua yang ada perkataan boy lah aku suka.


Apadia ? tak pernah dengar?


Hanya Pencinta Boyband Sejati macam aku je yang tahu pasal kewujudan band-band ini.


Album pertama yang aku beli ialah album Melting Pot oleh Boyzone. Ketika di Tingkatan 1.Beli guna duit scholar tu….

Obsesi aku terhadap boybands ini bukan setakat membeli album mereka sahaja, malah poster-poster gergasi mereka turut menghiasi bilik tidur aku.

Dan gambar-gambar mereka juga berada di hadapan Buku Teks Matematik Tambahan, Buku Log, Buku Teks Sejarah…

Maklumlah time sekolah bajet cool lah suka artis omputih…

Sampaikan Cikgu Matematik Tambahan aku. Mr Leong juga menegur,

“Who’s this? Wah! good looking aa? Muka dia macam muka I masa muda laa..”

Satu kelas gelakkan aku tau!

Maluuuu…

Adoiyai


Tiba-tiba terkenang kembali perihal boyband ni bile balik dari Pantai Timur itu hari.
Perjalanan yang jauh +penat tu jadi seronok dan fun sebab kami dok karaoke dalam kereta. Lagu kegemaran, mestilah lagu-lagu dendangan Backstreet Boys….

(yep, aku tahu kau tengah tahan gelak kan?…takpe aku faham…)

aktiviti men-translate lagu BSB juga sangat seronot.

Lagu paling best, mestilah lagu I Want It That Way…


Jom!


You are..my fire

Kaulah..apiku..

The one…desire

Yangku idamkan

Believe…when I say..

Percaya, Bilaku kata…

I want it that way..

Aku nak macam itu…

Seronok kan?


Mesti ketawa terbahak-bahak punyalah…


Owh yes,
Lagu yang menjadi all time faveret mestila dari En Brian Thomas Littrel
That’s What She Said.
Kaji dan study la lirik ini.
Sungguh mendalam maksudnya…



That's What She Said

There are people who
Say what you wanna hear
Even on a rainy day
They'll tell you the sky is clear
When you really really love someone
And a right to say
That you want them near
And if you can't even tell
Them things that they wanna hear

Chorus
Always forever
All the things she said
Never say never
Those simple lies that she made
I will never leave you
All the love I thought she had
But can you blame me no
Mmmm cuz that's what she said
That's what she said
She told me we'd see forever
That's what she said
She said yeah

And there are people who
Say what they really mean
She said she'd always be there
She said she'd always care
But just when you think that
You can trust that someone in love
Tell me what do you know
How stars can fall from above

Chorus

Cuz you made promises
That you couldn't keep
But your not hurting yourself
You're only hurting me
Why would you say things that
You really you didn't mean
Oh how can I make you see
Just what you did to me

You said how much
You really cared
Just when I thought I was in love
Girl how could you do it
If I were you I could not
Lie even once
To the face of the one
That I love so much

Chorus

Monday, November 3, 2008

Awaken..

Tersedar aku,
Dari mimpi indah,
Yang membawa aku ke alam yang berbeza.

Alangkah seronoknya jika mimpi jadi kenyataan.
Tolong!
Jangan kejutkan aku dari mimpi yang indah ini.
Biar aku sendiri di dunia itu.

Dunia di mana tiada manusia-manusia hipokrit, opurtunis, materialistik,kosmetik, plastik..
Dunia di mana aku boleh menjadi aku tanpa perlu berselindung.
Dunia di mana realiti adalah mimpi!

Penat sudah bermuka-muka.
Penat sudah menjaga hati.
Penat sudah kecewa,
Penat sudah mengharap…

Puas sudah mengharap….


*****


Sepanjang perjalanan ini
Lembah dan lurah ku lewati
Ketenangan yang ku cari
Belum ku temui
Ku menghimpun doa bertahun
Mencari pepohon yang rimbun
Bertemu dahan yang rapuh
Tempat ku berteduh
Dulu aku sendiri
Kini masih sendiri
Hadapi hidup ini
Susah senang diri ku
Tak bertempat mengadu
Seperti burung kepatahan sayap...
Dihati kecil ku menaruh harapan...
Selagi hidup belum sudah
Aku akan terus melangkah
Ku yakin rahmat buat ku
Di hadapan menunggu...




p/s: bila nak kencang ekonomi ney?..