Tuesday, November 4, 2008

Gratitude...

Aku baca paper Metro Ahad yang lepas.

Pasal ada seorang lelaki yag menulis tentang hidupnya yang sengsara dan derita.
Katanya dia mempunyai rupa yang kurang menarik dan dilahirkan didalam keluarga yang miskin. Ayahnya seorang yang tidak berguna dan ibunya yang menyara keluarga selama ini.

Dia menulis surat itu kerana rasa tidak puas hati terhadap nasib yang menimpa dirinya. Dia membandingkan dirinya yang tidak seberapa dengan seorang kawannya yang pada pendapatnya punya segalanya. Rupa yang kacak, kaya dan mempunyai kerjaya yang cerah.

Pada dia Allah itu sangat tidak adil. Kerana nasibnya yang begitu. Dia siap boleh cakap lagi bagaimana di akhirat kelak Allah akan menjawab bila menghimpun manusia berdasarkan takdir yang telah ditentukanNya. Nauzubillah...

Pada ku mamat ni tak reti bersyukur. Sang Penulis diruangan itu juga berpendapat sama macam aku. Sang Penulis itu pulak membandingkan situasi mamat itu yang cukup makan, cukup pakai, hidup pulak dalam negara yang aman damai. Sang Penulis juga membandingkan hidup mamat tu dengan orang-orang kat Somalia, Habsyah, Darfur yang hidup segan mati tak boleh.

Tiba-tiba aku terfikir.

Kadang-kadang aku pun ada terdetik jugak macam itu. Bila tengok hidup aku compare dengan hidup orang lain yang pada aku senang berbanding hidup aku.
Mulalah aku rasa dunia ni tak adil, kenapa nasib aku macam ni, kenapa aku tak macam orang lain?

Kau tau tak semua rasa dan perasaan ini membunuh kau dari dalam?

Sebab perasaan-perasaan inilah yang buat aku jadi unhappy, rasa down sangat-sangat. Bila kau asyik rasa benda-benda negatif, hidup kau jadi kusam tau. Jadi boring, bosan, gelap, kelam.

Macam aku, bila asyik fikir negatif, aku jadi tak nampak benda-benda positif dalam hidup aku. I didn’t see the big picture. I became a pessimist. Aku jadi tak bersyukur.
Aku kufur nikmat…

Nauzubillah….

Selamat aku cepat tersedar.
Bila baca artikel kat paper tu, aku jadik insaf.

Ya Allah, sepatutnya aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang ini.
Walaupun tak banyak macam orang lain, tapi sekurang-kurangnya, aku masih lagi ada Mak dan Ayah, masih ada rumah yang boleh berteduh walaupun tak besar, masih ada kerja walaupun gaji tak banyak, masih ada kawan-kawan walaupun tak ramai.

Masih hidup dan mampu bernafas.

Aku patut bersyukur aku boleh melihat.
Aku patut bersyukur aku masih boleh berjalan dan berlari.
Aku patut bersyukur kerana masih boleh makan dan minum apa saja yang aku suka.
Aku patut bersyukur sebab masih boleh mendengar.
Aku patut bersyukur sebab masih hidup sehari lagi….

Cuba kau bayangkan kalau Allah tarik satu-satu nikmat tu.
Tak payah banyak, cuba kalau satu hari kau accident dan patah kaki.
Nak buat semua benda pun payah.
Nak mandi susah, nak buang air susah, nak pergi kerja susah, nak kemana-mana pun susah.

All the small things that we always take for granted.
Things that you need to do for survival macam pakai baju sendiri, makan-minum sendiri tak perlu nak mintak tolong sesiapa.
It may seem small but sure means a lot to someone that has already lost it.

Benda-benda kecik nilah yang buat aku rasa kerdilnya diri aku ni. Yang buat aku rasa aku memang seorang Hamba Allah yang dijadikan hanya untuk menyembahNya.

Jadi, sempena itu, marilah kita bersyukur dengan apa yang kita ada.
Kerana Allah itu Maha Adil dan Maha Mengetahui…

Wallahulam.

No comments: