Monday, April 14, 2008

..........

Ya Allah,
Terasa jahilnya diri ini tika ini,
Kerna hanya mengingatkanMu ketika susah…
Acapkali melupakanMu tika senang,
Alpa meninggalkan suruhanMu tanpa alasan yang kukuh..

Ya Allah,
Ampunilah segala dosa-dosaku ini Ya Allah,
Banyak sungguh dugaan yang Kau berikan kepadaku…
Sesungguhnya Ya Allah,
Aku lemah…
Aku lemah..

Tatkala satu persatu masalah yang timbul..
Tiada lain yang ku pinta Ya Allah,
Hanya bahagia yang ku pinta Ya Allah,
Bahagia hidup keluargaku Ya Allah,
Ampuni segala dosa-dosa kedua ibubapaku,
Ampuni segala dosa kedua kakakku,
Ampuni segala dosa kedua abang iparku,
Bahagiakan hidup anak-anak buahku…
Sesungguhnya dunia mereka itu suci dari segala kekotoran duniawi..
Dan sesungguhnya mereka itu masih kecil
Tidak mengerti apa-apa tentang dunia ini

Ya Allah Ya Tuhanku
Berkati segala amalan-amalan kami Ya Allah
Terimalah segala ibadat kami Ya Allah…
Sesungguhnya dugaanMu ini terasa sangat berat Ya Allah…
Hanya doa yang mampu ku panjatkan kepadamu Ya Allah..
Bawalah ketenangan kembali kedalam hatiku ini Ya Allah..

Bahagiakanlah seluruh hidup kami Ya Allah..
Bahagiakanlah seluruh hidup kami Ya Allah..
Bahagiakanlah seluruh hidup kami Ya Allah..

Aku tahu Ya Allah,
Tanpa malam, tiadalah siang,
Tanpa gelap, maka tiadalah cerah..
Bahagia itu hanya dapat dikecapi selepas berakhirnya derita
Aku juga memahami Ya Allah…
Walau sehebat mana pun taufan itu,
Walau selebat mana pun hujan itu,
Ia pasti akan reda……

Tuesday, April 1, 2008

Inspirasi buleh datang dari mana-mana














Mana-mana sumber yang ada…

















Macam seorang arkitek yang dapat idea nak design KLCC Tower bile dia nampak tin susu F&N yang disusun oleh mamak teh tarik yang membentuk menara…










Tiba-tiba aku dapat inspirasi petang semalam…


P/s: Dah tu agak-agak dari mana Gaudi dapat inspirasi nak design Sagrada Familia?Maybe dia dapat idea masa minum-minum kat kedai kopi kot…
café con leche, anyone?

Cerita Hujung Minggu

Last nite I can finally finish watching the ‘Elizabethtown’ movie. Starring Kirsten Dunst and Orlando Bloom. Sebelum nie, ade tengok gak tapi tak sempat habis. Tengok separuh jalan DVD pon rosak, tak keluar gamba…me and my choices of pirated DVD! Padanla pun rosak, pirated stuff, low class, tak berkualiti! Haha

Dah la pinjam member punya, rosak plak tu (hey, as long as its cheap and do not directly affect the Malaysian movie industry, it is fine by me!) Tgk citer oversea jer yg pirated tau, citer2 melayu sumer tgk kat wayang tau! Especially cite Bro Afdlin Shauqi, tak pernah miss tengok semua citer dia kat wayang!

Anyhow, back to Elizabethtown, citer ni pasal seorang pembuat kasut, eh silap, pereka kasut, basketball shoes to be exact, Drew. Mamat Drew ni dah design satu kasut but turned out to be a total fiasco! And at the same time, his father passed away. So, citer ni pasal macam mana dia teruskan hidup lepas ayah dia mati. He was trying to commit suicide, but failed because the minute he tried to kill himself, his sister called, and told him to manage the funeral for his father at his father’s hometown, Elizabethtown, which is in Kentucky.


Awalan citer ni agak slow, but once you continue, you will find yourself hooked up to the whole story. The hilarious character of Drew and Claire, which I found very true and I felt, connected to the whole story.

People say that, one moment can change your whole life. I believe that. I truly do. (Although I don’t believe in love at first sight) Elizabethtown ni citer pasal tu lah. Mamat Drew ni dapat satu persepsi dan perspektif baru pasal hidup dan kehidupan. About purpose of life. He finally found his purpose of life. Being failed once doesn’t mean it’s the end of the world!

Sometimes, aku tertanya-tanya jugak… why am I here? What am I doing here? Why am I alive? Why is my life like this? I used to a pessimist. Then I turned to be an optimist. Then, pessimist again. Now? I think I’m optimist now. I don’t know why I was feeling deeply down, a few months back. I feel lonely…. I guess.


My friends are always occupied with something else, which leave no time for me to hang out with them. Plus, most of my friends are already engaged and getting married this year.

Me? I’m happy with what I am right now. I’ve always been single and I’m okay with that. (bilamana mak dan ayah asyik tanya bile nak kahwin je aku jadi tak okay, orang lain tanya aku tak kisah). So I’m living my life the way I should right now… live my life to the fullest! Stop think too much! Enjoy life when I’m young! gambatte!