Wednesday, December 16, 2009

Selamat Pengantin Baru Kepada Semua Kawan-Kawan Yang Baru Menikah Pada Hujung Minggu Yang Lalu

Ya, sila tanya aku soalan " Kau bila pulak?" kalau nak rasa penangan Hikmat Tunjal Jari Kelingking Dekat Dahi ....

Tuesday, December 8, 2009

Soalan Cepu Perak

" Awak tak nak carik keje government ke?"


Tanya bos aku sewaktu perjalanan ke lawatan tapak.
Bos ni nak halau aku ke hapa?
Apa maknanya semua ini?

Monday, November 23, 2009

Perihal MAMA dan Cullens Bersaudara…

Last weekend was a blast! Thanks to MNet Asian Music Awards and Twillight.

Even though I didn’t quite understand what they are saying (what do you expect? Live transmission has no subtitle of course!) , I really enjoyed myself. A lot! Balik-balik dari kenduri kahwin kat kampong, dapat message dari Decky kata ada award tuh. Terus tukar channel. Dari tengok berita, tengok channel [v]. Agak terkilan sebab tak dapat tengok dari awal. Award itu mula pukul 7, aku baru tahu dalam pukul 8.30 camtu. Tapi ok jugak sebab dapat tengok performance dari G-Dragon, Kim Tae Woo.. paling best performance dari 2pm. Bak kata Decky “Walaupun tak berapa kenal + minat some of the artist, tapi the fact that we watch it live from Korea enough to excites me”. So true Decky. I so 100% totally agree with you.

Kalau dengar atau tengok Korean artist video clip, especially the one from DBSK, really make my day, sekarang mereka dah ada 2 album lepas album Volume 3, ish, bayak gila update aku tak tahu pasal mereka ni.

Memang berbaloi-baloi tengok MNet Asian Music Award tu!



*****



Malam semalam akhirnya aku dapat tengok movie yang menjadi igauan Aidah selama ini. (So lame, I know) Twillight, kisah cinta seorang vampire vegetarian… iya vegetarian sebab they don’t suck on humans blood, they feed only from animals blood.

Okaaay, disebabkan cerita and feedback dari orang lain sangat bagus tentang cerita ini, maka aku ada expectations untuk cerita ini. Tapi aku agak keciwa kerana cerita ini agak slow. Dah hujung2 cerita baru ada action. Pastu aku macam tak paham banyak benda dalam cerita ini. The handsome Edward Cullen did not manage to make me ‘flying over to the moon’. Bonus marks just for the smile though. Hehe.

Things I don’t quite understand in this movie:-
1) Is that Bella girl also a vampire or is she kinda a mixture of a werewolf and a vampire? Or is she have superpower of something?
2) The fact that their ideal way of dating is spending time looking at each others for hours until it snow. ????
3) Why does that Jacob guy appear like 0.08 percent in this movie? Is it because I already know that he’s a werewolf so I was hoping more of him in this movie?
4) The fact that vampires shine and sparkling when they are exposed to sunlight. Shouldn’t they burn or explode or something like that when exposed to sunlight?

Maybe I was so influenced by vampires like that on the Interview With Vampires, Buffy and Blade. And maybe because my ideal kind of bad boy is Deacon Frost. So I might be biased here.

Err I cannot say much negative things about this movie. Aidah might feel defensive over her Edward Cullen. Plus, she once said “Akak ni tak romanticla!”. Yep, maybe I’m not Aidah. And I also don’t believe in love-at-first-sight crap.

Maybe this movie is not my kind of romance. Perhaps I should read the books as well so that I can truly understand the conflicts and romances of this movie.

Eh, tiba-tiba emosi pulak.

Tuesday, November 10, 2009

Ta Da Wa

Kau pernah tak rasa tak tenang?

Macam-macam cara dah dicuba nak tenteramkan hati tapi still hati kau tak tenang jugak?
Sila beri aku solution untuk masalah aku ini.

Aku dah try baca Quran, solat sunat, tidur pun dah tapi rasa tak tenang tu tak hilang-hilang jugak. Kenapa ek?

Mungkin ini satu dugaan dan ujian aku. Sebab aku rasa, untuk tenang, calm, serene itu jugak satu nikmat dan rezeki. Sama jugak macam ability untuk hidup macam all the small-smal things yang kita selalu take for granted. Macam the ability to breathe, laugh smile….Aku anggap itu rezeki. Jadik mungkin bukan rezeki aku untuk merasa tenang.

Mungkin aku ada buat dosa dan Allah sedang membalas perbuatan aku dulu. Karma. What goes around comes around. Mungkin…

Thursday, October 29, 2009

Pissed-off…..again!

Pissed-off…..again! (and sad too)

I met new people when dealing with the local authority these last few days.

My oh my….



My Colleague: “ Kenalkan ini, LA office aku, Cik Atul, belum kahwin lagi nih…”


Aku: Hi, nice too meet you, saya Atul.


Dia: Saya pon ada ramai kawan badan besar ni..."


Aku: ??????

Friday, October 23, 2009

Rant!

Hari ni rasa bengang lagi. Asyik nak mengamuk je seminggu ni. PMS-ing kot.

Satu lagi benda yang buat aku hangin semalam. Hish tibe rasa nak maraha dengan semua akitek kat Malaysia ni. Kerek betul akitek yang call aku semalam….


Akitek: Dengan sapa saya boleh bercakap pasal projek tut tut dekat TTDI tu?

Aku : Owh saya yang in-charge projek tu skarang.

Akitek: Ada tak plan landscape untuk tingkat 28?

Aku: Erm takda encik, setahu saya sampai tingkat 5 je.

Akitek: Untuk penthouse ada tak?

Aku: oh! Penthouse. Kalau untuk penthouse ada. Tapi saya dah bagi semua copy kat encik. Hardcopy dengan softcopy sekali.

Akitek: Bila awak bagi? 2 tahun dulu?
(cewah ayat dia tak hengat nak marah-marah aku. Padahal dah 2 kali aku bagi CD kt kompeni dia.bukan nk check dulu!)

Aku: Eh saya bagi dalam sebulan dulu. Saya bagi hardcopy blue print sekali dengan CD dekat En.tut tut hari itu.

Akitek: Saya dah tanya dekat colleage saya. Dia cakap tak ada. Sekarang saya nak plan tu.(pergh berlagak betul mamat ni.Mintak elok-elok tak boleh ke?)

Aku: Okeylah encik, macam mana saya nk bagi kt encik ni? Encik nak hardcopy ke softcopy?

Akitek: Saya nak softcopy.Awak emailkan nanti.

Aku: Okey. Email address encik?

Akitek: arch@tut tut.com.my . Takkan itu pun awak tak tahu?
(memanglah aku tahu, tapi nk bagi attention kat sapa? Dia bagitau nama pon tidak!)

Aku: Erm nak attention kat siapa email ni encik? Nama encik ….?

Akitek: oh! Saya Encik tut tut .

Aku: Okey, saya check dulu bila saya bagi drawing tu dulu, kalau saya tak pernah bagi sebelum ni, saya akan emailkan balik kt encik.
(padahal aku konfem gila aku penah bagi CD kt bos dia)

Akitek: Ok….. (terus letak telefon).


Kwanghaja betul. Bukan nak cakap terima kasih ke hapa. Padahal dia yang tak cari dulu. Dasar akitek pemalas! Huh!




*****




Satu lagi kes yang aku rasa hangin sangat ialah bila kau fikir kau ada duit kau boleh buat saja. Kabel kuat. Kaki kipas. Kaki putar alam. Pemanipulasi keadaan.

Ayat-ayat macam…


“Aku ada kenal sorang ni, Kalau ko nak projek, ko kene baik-baik la dengan dia..”

Atau

“Ayah aku ada kenal orang dalam Persatuan tut tut tut ni. Tak payah jadi ahli pon boleh amik exam.”


Atau


“Kite kena up-kan diri kita sikit, barulah industri kita maju…”


And I was like… what the elf?

Seriyes rasa macam nak marah. Orang-orang macam nilah yang membuatkan orang Melayu makin mundur melayu-layu, tah bila tah nak segarnya.

Urgh! Pagi pagi dah emo. Shooh shooh pergi jauh-jauh aura negative ni! Pergi!


Hinssss hinsssss tarik napas dalam dalam….bawak bertenang….






Senyum……!

Thursday, October 22, 2009

Freaking Boring!

Owh

It’s Thursday and its freaking fast.


Boring…betul.


Kadang-kadang rasa cam nak berhenti keje dan terus sambung blajar ke berhijrah ke kn? Bagi notis 24jam dan straight away blah. Huh! Berangan je la bole. Takde maknenye nak jadik kenyataan. Nanti siapa yang nak menyara Jason? Serta En Prudential? Sape nk Bagi duit kt mereka kalau bukan aku?

Kalo takde Jason dan En Prudential dah lama aku cabut berenti keje sambung blajar. Konfem dapat punye. Result degree pun (macam ) ok walaupun bukan best student atau dapat Anugerah Dekan atau the most outstanding student ;) Kalau mintak InsyaAllah dapat . Aku je yang fikir panjaaaaang kalu nak sambung blajar. Banyak nyawa yang aku kene sara dan pelihara.

Dan Sudin? Dah lama sakit baru bawak pegi berubat, nampaknya dia kene makeover skit. Kene bagi antibiotic yang power gila baru dia boleh sihat seperti sedia kala. Rindu sangat kat Sudin! Maafkan saya sebab abaikan awak. Ade depan mata pon saya buat tak kisah je. Okey pasni awak dah sihat, saya layan awak selalu ye? Jangan marah saya tau.





*****






Berborak-borak dengan besfren aku tadik, cakap pasal makan dalam pasal hal rasa terasa ni….

Bak kate omputih, ‘How much is too much?’

Kalau sekali dua tu aku faham lah nak buat lawak, tapi kalu dah sampai 17, 24 kali, tak ke makan dalam lawak2 ko tu?

Tapi, bagi aku kalau kau nak buat lawak, joking around pasal perangai ke sifat ke takpe lagi, sebab bende tu boleh ubah, tapi bila kau cakap pasal fizikal seseorang tu kau dah over the limit tu, dah boleh buat orang lain sakit hati.

Macam ada sorang kawan aku ni, , bile dia describe kawan aku sorang lagi macam ni,

“Ha, nilah namenye Akak Gigi Besar…” sambil merujuk kepada seorang rakan pompuan aku ni.
Rakan aku tadi, hanya mampu tersengih, bila dengar description kawan aku yang sorang ni.

Perghh! Kalu aku konfem dah terase dah. Maybe aku dah kuar p bilik air, nangis sorang-sorang dalam bilik air.Maybe pada dia ayat dia cukup lawak, tapi bagi aku that’s too much. It’s like she ever wish that her teeth is that big. Kamon ar, nak buat lawak biar bertempat.


Eh tetiba aku cam emo plak.



Last few days aku dapat new yang macam shocking tapi dah boring.

Same old same old.

Come to think of it, Allah itu Maha Adil. Rezeki masing-masing walaupun sometimes tidak dapat tidak untuk terdetik di fikiran tentang rasional sebalik semua kejadian ini.

Tidak dapat tidak to think of their lucky-ness in their life.
Tidak dapat tidak to think that my life sucks.
Tidak dapat tidak to think that I should be doing something, anything to prove it isn’t but I just don’t know how!



Astaghfirullah
Astaghfirullah
Astaghfirullah
Astaghfirullah
Astaghfirullah
Astaghfirullah
Astaghfirullah



Memang aku kena beristighfar banyak2 contemplate and meditate myself to think that everything happens for a reason.





Everything happens for a reason.







Indeed……

Friday, October 16, 2009

Penat...

Penat...









































Penat sungguh.....























Penat....











































Penat nak menaip,
Teh ais satu!

Thursday, October 15, 2009

Maaf, anda tidak berjaya.

Dah dua, tiga kali aku dapat ayat ni bila tengok result exam ke result mintak kerja ke.


Frust siot.
Takkan nak kene amik exam 16 kali kot baru boleh dapat?


Oh well, one door closed; there’s always other door. Maybe if I knocked it real hard, it will open eventually…..

Back to reality.

Owh sungguh penat expedisi jalajah Singapore. Walaupon pergi 3 tempat je tapi cukup untuk menjadikan kaki aku sakit. Dem! Peant tapi seronok. Lebihnya aku ngn cik chummie byk tengok bet buat keje je. Amik gambar sket2. posing sket. Dah.

Tapi sebab pergi dengan Dr Rashidi a.k.a ‘brader’ a.k.a Sinya Ra, so the trip is quite educational for me and those students. Its their trip actually, aku ni nyebok je ngikut hehe.

Cakap pasal masa depan, aku cuba nak jadik anak solehah dengan nak memberikan kesenangan kepada orang tua aku. Tapi stakat ni aku rasa tak tercapai lagi. Entah bila pun aku tak tahu.

Aku dah penat nak compare diri sendiri dengan orang lain yang hidup mereka terbentang luas. They are blessed. Comes from a wealthy family, got looks and got brain. Seriyes penat. Sebab aku aku compare, aku akn jadik tak puas hati, which is bad because in the end, I’ll be ungrateful and take everything that I have for granted..

So, sekarang aku lebih berusaha untuk jadik lebih positif dan optimist. No more glass half empty, my glass will always be half full. At least I tried to think like that. I believe in the power of words and positive thinking.

Dan, soalan yang aku paling malas dan marah nak jawab ialah “Kau Bila Nak Kawen?”. Siriyes, I’ll feel offended by that question. So tolong jangan tanya aku soklan tu kalau tak nak kene hangin Ribut Ketsana aku ok?

Dan, jangan nak pandang aku semacam, kata aku tak tryla, aku memilih la, all those crap. Be in my shoes for a day, then you’ll know how I feel. Kalau kau cantik kau boleh buat apa sahaja ok? Leave me alone. Don’t judge me for something that you have no idea what its all about. I will have that someone, just not with this face and this body.
And please, don’t think that I don’t try to be like you. I did. But it was so damn hard. I’ve stop trying after the 128 times. Believe me, I tried…


Alright, enough of this crappy inner thoughts.

Right now, I’ll live my life the way I should. Que serra serra. What will be, will be.


Ya Allah,
Lembutkan kehidupan ini bagiku,
Dalam memudahkan urusan yang sukar,
Memudahkan setiap yang sukar itu amat mudah disisiMu,

Ya Allah, Ya Tuhanku,
Mudahkan bagiku segala urusan,
Tenangkan hatiku dan tubuh badanku,
Berikan keselamatan dan kesihatan pada agamaku dan duniaku.

Ya Allah,
Berikanku apa yang aku perlukan,
Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku,
Aku berlindung dibawah KebesaranMu…

Ameen.

Thursday, October 8, 2009

Masih Mood Beraya

iya sebab belum raya lagi

ala

7+6 tu

baru 3 je








eh sempatkah?

Wednesday, September 16, 2009

Berita Gumbira!

Last few days aku dapt kad undangan kahwin dari kawan aku kt Johor. pastu dapat plak kad raye dari Safi.Teruja gila dapat kad raye ek? rajin tol si Safi nganto kad raye.

Borak-borak ngan Ayah, pastu dia tanya, husband Safi orang mane, keje ape, sumer2 lah. Aku jawabla husband org melaka gak, keje engineer.

Pastu plak mak aku tanya...

"Akak nanti nak husband yg macam mane?"

Dengan slamber ayam aku jawab,

"Orang Korea."

Tros mak aku diam, yess aku berjaya menangkis soklan cepu gangsa mak aku!

konfem lepas ni dia dah tak tanya dah.
konfem impossible nak carik orang Korea wat menantu! haha


Nasibla Mak...

Thursday, September 10, 2009

Selamat Hari Raya!

Perghhh.

Siriyes lame tak update blog.

Macam-macam hal dah jadik.


Semalam telah berjaya menyambut ulangtahun ke 26 dengan jayanya. Countdown pon dah abis. sedar tak sedar...
Ye trimas kepada semua individu yg telah mengucapkan “Selamat Hari Jadi” dan “Hepi Burfday” untuk saya. Ingatan kalian terhadap saya amatlah saya hargai.

Dapat urge nk tulis entry ni pas tgk channel KBSW malam tadi. Rancangan faveret dikala malam selasa, “Chit Chat of Beautiful Ladies”. Malam tadi versi spesel sebab ade guest which is male foreigner. And yes, one of them is from Malaysia. How cool was that?

And so I thought…..

One turn-off factor that I had is when one girl from China (I think), started to ask the Malaysian guy about a friend of her, which is Malaysian, which is also a Muslim. She ask the Malaysian guy (Loh I think was his name, and yes he is Chinese) if he drinks alcoholic drinks, because her Malaysian girl friend does not.

Then the guy said, his Buddhist, so its okay to drink alcohol. He also said only Muslim don’t drink alcohol. Then if you do drink, you’ll be prisoned. So everybody there make faces (muka tak puas hati) because of the Malaysian guy statement.

What the elf?

And then he also made a statement about how you’ll be sent to prison too if soldiers caught you “berduaan di dalam bilik hotel” and worst, you will be force to marry if you are caught doing that unmarried. And I was like…OMG, gila salah bagi info mamat ni.

That kind of rules only apply to Muslim la… I’m really pissed-off by his statement. You are soooo don’t have a clue about Malaysia. And there I was wondering about what kind of impression that he leaves to his fellow Korean friends. He is so wrong.

Nanti sure orang Korea takut nak datang Malaysia. Sebab nanti mesti kene tangkap kalau dok kat hotel tak kahwin lagi. Kan dah salah tu.

macam nak terang kt non-Muslim pasal mende-mende tangkap basah ni ek? lagipon, like I said before, those regulation only apply for Muslims.

klu akula yang jadik guest kt show tu sure stutter giler2 punye nak menhajwab pertanyaan itu. Alamak, nk kene mendalami lagi isu ini. Next time k?



Until then, todlooo

Friday, June 12, 2009

mari berharap

bole tak kalu aku harap hari jumaat ada 2 hari dalam minggu ni?

supaya sempat nak setel semua benda yang kene siap ari isnin.









Arghhh!!

Monday, June 8, 2009

Post-Wedding Syndrome.

Owh.

Jenis penyakit yang baru di-discover.

Antara simtomnya ialah rasa lonely yang amat sangat setelah bestfren semua dah menikah, semakin kuat termenung, semakin kurang rasa seronok dan tahap LSE yang semakin menurun.

Anda mempunyai tanda-tanda ini?

Silalah berjumpa pakar sakit jiwa dengan segera.
Pengesanan awal menyelamatkan nyawa.


~ ~ sigh


Having to attend 4 straight weeks of weddings, kinda leaves you the feeling of wanting to get married as soon as possible.

(Well, not gonna happen to me in the time being, mind you) .


Then, finally watched 27 Dresses which coincidencely same of what I felt throughout the year. Strangely enough, I felt what Jane felt. Except the fact that I don’t have a cute boss which I madly in love with. plus I’m never as hot as Jane.

Well at least she has a happy ending, which I like so much. Because if it isn’t, I might get more depressed. Haha.

Maybe its real like Kevin said, that I don’t like the marriage, I just love the weddings.

Huh? Really? Oh! My gosh! That’s is sooooo not me!

Scary coincidence indeed.





****




Attending Safi’s wedding is so adventurous; it leaves me aching the whole body.


Penat giler tak hengat.


Having ‘problematic’ family, I’m so glad that we insist on watching Safi menikah. Otherwise, memang dia sorang-sorangla pegi masjid without anyone chaperoning her on her big day.

Wedding Safi memang banyak langkah kiri dan langkah kanan.

Sama banyak kot.

Mahu detail? sila lihat di blog buddytears.
aku dah maleh nk taip. hehe


until then, toodlooo...

Friday, May 22, 2009

tagged!





macam dah berzaman tak update blog.

rupanya sudah di tag oleh aidah dan liza.

ok. kita mulakan sekarang!

Copy award di atas untuk diletakkan di blog anda.
Ok.

2. Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini:

-Aidah
1: Aida adalah seorang manusia yang berkebolehan bercakap dengan laju.Mungkin 88 patah perkataan seminit.
2: Aida sedang menunggu seorang Henry Golding atau Johan "Thorpe" Abdullah untuk hadir dalam hidup beliau...
3: Beliau seorang yang outspoken.(I consider that as a good thing)
4: Beliau seorang yang kalau rasa betul, akan mempertahankan pendapat beliau sehingga ke akhirnya...(betul aida, jgn tanak ngaku)
5: Tiada manusia lain seperti Aidah.

-Liza

1: Seorang yang sangat hardworking.Saya sangat kagum dengan beliau.
2: Beliau seorang yang pandai memasak, maka beliau boleh menjadi calon isteri yang hebat.
3: Liza adalah seorang yang kerap tersusil, maka dia seorang yang kelakar.
4: Ciri-ciri lelaki idaman beliau terdapat pada Ustaz Zamri(TV9)
5: Tiada manusia lain seperti Liza.


3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya:


1. Saya adalah seorang penghidap LSE (Low Self Esteem) yang tegar.Maka saya adalah seorang yang pemalu.Benar. Saya tidak tipu.
2. Saya sangat suka menonton tv,DVD,wayang gambar dan sewaktu dengannya.Waktu senggang saya adalah waktu menonton tv.
3: Saya tidak percaya kepada cinta pandang pertama.Bagi saya, cinta pandang pertama adalah berasaskan nafsu semata-mata.
4: Saya tidak pernah jatuh cinta dan tidak pernah bercinta.(ya, agak pathetic, saya tahu)
5: Saya mendapati saya sebenarnya sudah tersalah bidang kerjaya kerana saya rasa saya tidak suka (dan tidak pandai sebenarnya) untuk mereka (design).serius.
6: Saya sangat percaya kepada hukum karma-what goes around comes around.
7: Saya ingin mempunyai sebuah rumah di tepi laut atau di tepi tasik seperti rumah didalam cerita The Lake House, The Love Letter atau Sleeping With the Enemy (ya,saya ada hajat yang besar,semua orang boleh bermimpi bukan?)
8: Saya suka mencuba sesuatu yang baru terutamanya makanan.
9: Ramai berpendapat saya adalah seorang anak nombor dua padahal saya adalah anak bongsu.Mereka berpendapat saya bukan seorang yang manja.Saya hanya bermanja kepada ahli keluarga saya sahaja.
10: Saya ingin melancong ke Norway dan Korea serta belajar berenang dan belajar menari belly dancing.



ooh sungguh seronot membuat perkara ini.



4: penerima award seterusnya:-

ermm oleh kerana saya tidak mempunyai ramai rakan-rakan didalam blogosfera ini, maka siapa-siapa yang baca entry ini telah di-tagged.

Silalah tagged orang lain pula. haha

Monday, May 4, 2009

I can dream, can’t I?

I don’t know why, but every time I’m in front or be at the nearby place of somebody of the royals or the Menteri-s I freaked out or I become somebody I’m not.







Gelabah Ayam.








Serious.




Macam masa graduation day, dapat scroll dari sultan, bile sultan tegur aku terus lupe step-step cane nak amik scroll tu.

Terus lupe pasal rehearsal.

Blank.

“Tahniah!” kata sultan,


Terkejut…terkesima…. “Ha? Oh! Terima kasih”


Ambik scroll sebelah tangan dan terus berlalu meninggalkan pentas….


Pasni kalu kene tulah tak taula…


Aku memang cepat menggelabah ayam kalu berada dekat ngan orang besar ni.
(not literally la, mind you)

cam dato’-dato’ ke tan sri-tan sri ke tun-tun ke.


Ish cane nak kawen ngan orang kaya ni?





Macam aritu nak amik gambar ngan mantan Perdana Menteri,

Dengan selamber je aku tanya “Pak Lah, nak bergambar dengan Pak Lah”


Pakkanlah Pak Lah tu sporting…klu tak kene buang negeri aku….





******




Penat shopping dengan orang yang beli barang hantaran kawen.
(orang lain yang nak kawen, bukan aku, mind you)




Abis satu kedai masuk satu kedai.


Abis satu Sogo, masuk Lot 10 plak.




Serius tak tipoo punya.




Sangat penat.








Sekarang aku macam paham perasaan ayah aku bile dia dok tunggu aku ngan mak aku p shopping.


cam insaf sikit...

Wednesday, April 8, 2009

Whacked!

“They measure from centre of the circle or from the corner of the circle?”

“ No lah… usually from the centre of the circle la”



“Really? Then how to know?”

“Depends lah on where you’re standing..”



“Then, how you measure on where to whack?”

“Up to you lah…”



“Then, the 100 feet you count on include terrain or not?”

“No lah.. If you count then matilah….hahahahhaa!”




Both continue laughing happily.


“ So, miss, do you play?”

Me- “Ermm No lah. So I have no idea what you guys are talking about just now”


“Really? Too bad.”







Oh!
Nampaknya nak meningkatkan kerjaya kena pandai main golf. Paling tidak pun, kene tahu camna nak pukul bola golf tu.



Haih!

Wednesday, April 1, 2009

APRIL FOOL: MENGHINA ISLAM DAN MARTABAT INSAN

Selain Valetine’s Day, terdapat satu lagi budaya barat yang meresap dalam diri umat Islam khusunya golongan muda iaitu Fool’s Day atau April Fool.
Jika Valentine Day disambut pada 14 Februari setiap tahun, maka April Fool pula berlaku pada 1 Aprril setiap tahun.Mereka yang meniru budaya ini merasakan seri persekitaran itu akan hilang apabila peristiwa-peristiwa itu tidak diraikan. Apa yang dibimbangi ialah pemikiran seperti ini terus berleluasa hingga satu masa nanti, ada yang mengatakan ia tidak bertentangan dengan Islam. Disedari atau tidak, golongan muda menerimanya dengan membuta tuli tanpa usul periksa adakah ia bertentangan dengan batas syarak atau sebaliknya.

Menurut sejarah, Fool’s Day atau april Fool mula diraikan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam yang bertapak berkurun lamanya di Granada, Sepanyol yang ditawan oleh tentera Kristian. Akibatnya, penduduk Islam terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera Kristian ternyata tidak berpuashati dan cuba menghapuskan orang Islam dari bumi Sepanyol.

Oleh itu, mereka membuat satu helah dengan memberitahu penduduk Islam bahawa mereka boleh keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Di kalangan umat Islam, ada yang mempercayai dan sebahagian lagi sangsi dengan pemberitahuan itu.Mereka yang mempercayainya telah meninjau di pelabuhan dan berpuashati lalu memutuskan untuk bertolak pada keesokannya hari(1 April)


Keesokan harinya, Mereka keluar membawa kesemua barangan dan menuju ke pelabuhan. Pada ketika itulah, puak Kristian mengambil kesempatan untuk menyerang penduduk Islam berkenaan. Mereka tidak sempat menaiki kapal kerana semuanya telah dibakar. Manakala orang Islam yang berada di sekitar telah dibunuh tanpa mengira lelaki,perempuan atau kanak-kanak

Peristiwa berdarah itu kemudian diraikan oleh tentera Kristian yang kemudiannya menjadi acara tahunan. Apa yang menyedihkan, orang-orang Islam merayakannya tanpa menyedari bahawa mereka sebenarnya meraikan ulangtahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Masyarakat hari ini sebenarnya tidak mengetahui dengan jelas asal usul April Fool’s. Selain boleh merosakkan akidah, budaya ini sebenarnya meniru gaya hidup kebaratan yang bertopengkan humor, gurauan,lelucon dan komedi. Bagi mereka, 1 April merupakan hari kejutan dengan berbagai perkara pelik, humor dan memalukan.

Namun apa yang dilihat hari ini ia banyak membawa unsur memalukan orang lain. Ia bukan sahaja memperbodohkan si pelaku tetapi juga yang menerima akibat bersesuaian dengan nama Fool itu sendiri yang bermaksud bodoh atau tolol. Jelas ia cuba menjatuh air muka dan martabat seseorang. Bagi yang bersikap selamba mungkin boleh menerima gurauan tersebut, tetapi bagi tidak dapat menerima pasti akan menyimpan persaan negatif dalam diri hingga akhirnya menjadi seorang yang pendendam hingga sanggup menjadi pembunuh. Ini merupakan sesuatu yang tidak diterima oleh landasan syarak.

Kita tidak wajar berkiblatkan budaya barat apatah lagi mengagungkannya kerana Islam agama yang tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi darinya. Islam mempunyia adab dalam bergurau senda tanpa menganiyai orang lain. Selain menghormati orang lain, kita juga diwajibkan menutup keaiban orang lain.

Bagi yang kurang memahami sejarah, mereka tidak merasakan apa-apa tentang budaya April Fool’s tanpa menyedari bahawa ia merupakan satu penghinaan halus ke atas umat Islam

Akhirnya, marilah sama-sama kita renungi sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
”Kamu pasti akan mengikuti jejak-jejak orang-orang sebelum kamu, sejengka demi sejengkal, sehasta demi sehasta hingga mereka masuk ke dalam lubang biawak sekalupin , pasti kamu tetap mengikuti mereka”. Kami bertanya”Wahai Rasulullah SAW, Yahudi dan Nasrani?Baginda menjawab”Lalu siapa lagi(kalau bukan mereka)-Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Disediakan Oleh:

Ust. Nordin bin Bayadi
Bahagian Penerangan dan Penerbitan
Jabatan Agama Islam Selangor

SUMBER: MAJALAH SINAR ROHANI





****





Teringat masa zaman jahiliyah kat sekolah dulu. Walaupun aku bukan pelajar sekolah berasrama penuh, tapi setiap kali April Fool, kat sekolah mesti ada seseorang yang menjadi mangsa.

Bila fikir-fikir balik, eei jahatnya aku masa tu. Bukan akula yang mengenakan orang, tapi aku jadi pemerhati je masa tu bila time nak menganiaya orang.

Kiranya aku dapat saham buat jahat jugakla. Astagfirullahalzim….

Sekarang dah tahu pasal ni, tak nak bother sambut lagilah.
Sama cam Valentine, tak nakla beriya celebrate. (ceh mcm penah sambut pon!)


Okeh. Hari ini macam insaf sikit……

Monday, March 30, 2009

Bila Dah Banyak Masa Senggang...

Iya.

Aku lebih terurus sekarang.
Sebab, semua deadlines dah lepas.
Ada lah 2,3 deadlines lagi kena follow.
Tapi itu semua due pertengahan bulan 4.
Aku malas nak buat awal-awal.
[lagi nak procrastinate, pastu nanti menggelabah ayam]






Lega.







So, I have more me time.
[That’s why hari-hari pon buleh update blog]




Yeay me!




Bak kata pepatah, hujan, walau selebat manapun ia turun, ia pasti akan reda jua.






Iya.
Semenjak kebelakangan ini aku sangat puitis.
Aku pun tidak tahu mengapa…
Kalau diikutkan result SPM, paper BM aku memang hancur.
Macam malu nak ngaku anak Melayu bila paper BM aku hanya berpangkat 4B.
Terasa sungguh koya aku ini.


Pagi tadi seorang kawan telefon.
Beliau membawa khabar buruk.
Khabar yang tak sanggup untukku dengar.

Aku terpana seketika.



Terkesima.




Speecless.




Tidak!


“Eh! Exam KPLI tu ari sabtu lepas la”



@*&%$*%#!!!$%%^






Kenapa?




Kenapa aku tak tahu-menahu pasal hal ini?



Padanla pon aku tunggu surat tak kunjung tiba.
Rupa-rupanya kene check online selalu.
Kene alert tentang jadual MTEST tu…





Aku sungguh keciwa…








Ehem ehem…

Oleh kerna aku ni seorang yang optimist,
Maka, aku membuat kesimpulan, mungkin bukan rezeki aku.
Mungkin peluang aku di tempat lain.
(nak pujuk hati sendiri, padahal frust gila)


Oleh itu kawan-kawan,
(note to self, actually)
Kalau online tu jenguk-jenguklah website MOE tu, jangan asyik bukak Facebook je….






Huwaaaa!!!!!!

Wednesday, March 25, 2009

Lighting Plan-Podium

Tidak.

Tajuk diatas tiada kena mengena denagn entry hari ini.





Kata orang, tak kenal maka tak cinta.
Dah kenal terus tak cinta lagi. Haha

Maka, perihal cinta dan kerjaya tiba-tiba menaikkan nafsu aku nak menulis hari ini.
Seingatnya, aku tak pernah memblog pasal perkara-perkara serius macam, politik ke, ekonomi ke, sahsiah rupa diri ke… tak pernah kat sini.

Jadik, sempena kedatangan bulan April 2009 ni, aku nak sentuh sket la peri-perihal tentang kerjaya sebagai pendidik ni.

Sementelah ramai rakan-rakan sekelas yang sudah pun berjaya menjadi pelajar skim KPLI (Kursus Perguruan Lepasan Ijazah), tahniah diucapkan.

Maka, soalan-soalan lazim yang dikemukakan kepada aku seperti

“Ko tanak try KPLI ke?”

atau

“ Eh, Ko dah apply KPLI dah?”

dan juga

“Mereka sudah berjaya, anda bila lagi?”


Mak aku jugak sibuk bertanya.

“Akak tak minat ke jadik cikgu?”

“Tak maula. Perangai budak-budak sekarang, boleh buat sakit jantung!”





Tapi sebenarnya, ade gakla terpikir nak jadik cikgu. Memandangkan gaji sorang cikgu yang memang diketahui umum sangat mahsyuk!
Tapi gaji masyuk, kalo keje tension tak best gak.





Sebab kata makcik aku seorang nurse di Hospital Kajang, mostly patient yang mengidap hypertension ngan sakit jantung adalah terdiri dari cikgu-cikgu.
And baru-bari ni keluar kt paper, ramai cikgu-cikgu ni ada masalah mental seperti schizophrenia dan bipolar disorder .sebab mostly cikgu-cikgu memang spend lebih banyak masa kt sekolah berbanding dekat rumah. So rumahtangga jadi porak peranda.
Ini adalah fakta.

Lagi satu, pada pendapat aku, kalo nk jadi pendidk ni, tak kisahla cikgu ke, guru ke, tutor ke, pensyarah ke, waima cikgu driving school sekalipun, kenalah ada minat dan ilmu yang cukup.

Kalo ade minat tapi tak cukup ilmu pon tak guna. Sebab pengalaman aku mase sekolah dulu, cikgu-cikgu fresh graduate ni susah budak budak ni nak respect. Sebab muda remaja satu hal, pastu rasa cikgu-cikgu bajet bagus sebab dah grad ade degree la konon.

Tapi bukan semua cikgu-cikgu maktab ni yang tak ok, ade yang best yang boleh treat macam kawan. Yang type ni memang best dan mesra dengan murid-murid. Kalu luar sekolah memang boleh buat member kamceng punyelah.


Sementelah pembentangan Najib untuk bajet mini baru-baru ni mengumumkan banyak jawatan kosong untuk bekerja di sector kerajaan, termasuk lah untuk academic post.
Aku adela jugak apply, tapi bila nk apply tu agak ketaq lutut jugakla.
Bukan ape, pasalnya, aku sendiri rasa belum cukup ilmu didada tentang profession aku sekarang ni, apatah lagi nak mengajar orang pulak.

Bak kate papatah, umur baru setahun jagung, cane nk buat cekodok jagung?
Tak mane sedap jagung muda buat cekodok!
Bak kate ayah aku plak, hapah tak ghase!

Lepas tu pulak, aku ade seorang member yg sambung amik Masters. Dia pergi kelas nak menuntut ilmu dari pensyarah dia, tp end up dia yg kene terangkan dekat the whole class pasal current situation dan environment tentang profession dia. Sebabnya dia amik Masters tu part time, dan dia currently mmg sedang practice dalam profession dia. Dia kata tak kisah berkongsi ilmu, tapi, dia kesian kt lecturer tu sebab jatuhlah air muka dia sebagai seorang pensyarah, bila anak murid lagi arif dari pensyarahnya sendiri.

Maka, aku berpendapat betterlah aku hold dulu niat aku nak menjadi pengajar ni. Sebab –musababnya, aku tak rasa aku layak lagi nak mengajar. Walaupun aku dh berada dalam profession aku ni dalam setahun lebey. Aku rasa kene keje dalam 5 tahun lagi sebelum aku betul-betul fit nak jadik tutor atau lecturer.

Renung-renungkan dan…Selamat Beramal!

Friday, March 20, 2009

Mari membelug

Serius shit dah lama tak update blog ni.

Aku punye busy mengalahkan Obama.



So much I have in my mind right now.
Workload tak usah cerita la. Manjang je banyaknye.

I really need to get my mind off work matter now.
So, this is the place to.

Jason is back.
So I’m so damn happy.
We’ll go places that we’ve never been to.
Places far away from here.
This is my promise to you, my dear.
Thank you for forgiving me.




****




hari ini, tak tahu lah berapa bayak kali aku mengeluh.
Aku tau mengeluh itu adalah satu manifestasi buruk kepada Allah.
Tapi aku still mengeluh.

Banyak sangat benda yang aku fikir sekarang ni.

Tolong.

Tolong kembalikan ketenangan fikiran aku!









ooh by the way, this is Jason, hurt.





Im so glad you're back Jason! ;)

Thursday, February 19, 2009

Letter to My Babyboo...

Dear Jason,

How are you today?
I hope you are fine.

It’s only been a week since you been there.
But I missed you terribly since.
When will you be coming back?
I hope you already finished what ever things that you needed to do there.

I was wondering, don’t you miss me?
I really hope you do.

We’re only been together for 3 month.
But I felt like I’ve known you forever.
I like spending time with you.
I really do…

I know what I did was wrong.
If I could turn back the time, and undo what I did to you, I would.
I hurt you badly, I know.
But forgive me honey,
I never meant what I did to you.
Ever.

We’d make a nice couple, you and me.
Everybody said that.
I know they speak the truth.
I like letting people know that we’re an ‘item’.
It sounded so right.

Jason Dearie,

You are my babyboo.
You are my MVP.
You are everything to me.

Please come back soon!
Days gone by so slow without you.
I beg you, come back to me….

I really hope you’d forgive me…




Yours truly,

-Your Legal Owner-
Ms Shaz

Wednesday, February 18, 2009

Perihal Layan, Melayan, Dilayan, Tak Terlayan dan Layankan Je…..

Kau pernah tak rasa kene buat banyak sangat kerja sampai tak tau nak buat yang mana satu dulu?












Well, itulah yang aku rasa sekarang. Sepatutnya dikala ini, ketika aku masih di office pada pukul 8.10 malam, aku harus menyiapkan keje men-design parking layout dan men-design water feature….




Tapi disebabkan TAK TERLAYAN dengan keje-keje yang memang takkan pernah habis… maka, aku pon men-divert-kan kebosanan aku ini denagn menulis kt blog yang dah bape minggu tak update ni….





****





Hari Valentine lepas aku celebrate bersama dengan anak-anak buah aku dan mak ayah aku. Kami pergi LAYAN movie Geng Upin & Ipin kt Alamanda. That movie really went higher than I expected.

CGI dia memang nampak smartla. Macam tak percaya plak orang Malaysia boleh bikin movie macam tu. Siap ade ala-ala fantasy land lagi dlam cite tu. Konon-konon cam alam kayanganla…hehe. Aku agak kagum la masa tu… hehe

And guess what, that movie went sold out! Bayangkan, aku pergi tengok show pukul 4, tiket untuk show pukul 6, 8 dan 10 malam dah abis. Tinggal yanag midnite je tinggal! Nasib baik aku dh telephone booked. Klu tak sure aku tak dapat tgk citer tu.




****




Hari sebelum Valentine, aku ngan dak2 ni berkampung kejap kt KLIA menghantar Aidah dan Ismah ke Australia. Aku siap kuar awal dari ofis semata-mata nak hantar derang. Nasib baik bos tak marah. Dia Cuma banyak tanya je. Nak pergi mane? Pergi ngna sape? Nak buat ape kt sane? Eh bos ni dh tentulah pergi KLIA nk anta orang ke amik orang ke. Takkan nk p berkelah plak KLIA tu?….

Yang tak boleh blah mase nk hantar derang ke gate boarding tu, lagu memang kene habisla ngn situasi mase tu. Boleh plak mase tu berkumandang lagu Whitney Houston, I Will Always Love You OST citer Bodyguard. Memang seswai sgtla kan? Videoclip lagu tu mmg kt airport… kebetulan…. LAYANKAN JE…..




****




Next week plak nak kene pergi Ipoh. Kene stay sane plak, jumpe client nye pasal…. Adoi….. Malas tol ar. Pergi sana konfem aku sorang je pompuan. Which is, kadang-kadang best,. Kadang-kadang tak best. Best sebab konfem aku DILAYAN macam VIP (sebab klu pergi ngn bos jadik ar VIP, pastu klu bos nk marah pon cam tak smpi ati..hehe)

Jadik tak best bile aku sorang2 je pompuan, maka topic nak berborak tu terhad sikitla. Pastu nnt ade byk awkward moment. Naik kete konfem kene duduk blakang, Ofismate aku kate “ jadik Mak Datin tau dok kt balakang tu…”
Datin pon Datinla….




Ala bile la derang nk tambah staff pompuan kt Design Department ni?….
aku sungguh keseorangan… uhuk uhuk









p/s: aku taip entry ni semalam, tapi waktu malam tiada koneksi Internet di pejabat...

Wednesday, January 28, 2009

1001 Things To Do Before You Die

Edisi: I Went Swimming With The Snakes!









Seriously.
















I did.
I swim with a small but long brown little snake.



Well, if you say floating on 6 inches of water is swimming, then yes, I went swimming with snakes!






FYI, the snake is 'little' enough to make me freaked out for about 10 minutes in that cold damn running water of Sungai Chongkak.













Eh tiba-tiba teringat Kem Bina Badan kt Sungai Chongkak!

Tuesday, January 20, 2009

Refleksi Diri.. Renung-renungkan & Selamat Beramal!

aku baru perasan baru-baru ni bahawa aku suka akan lagu ini...



Look at me
You may think you see
Who I really amB
ut you'll never know me
Every dayIt's as if I play a part
Now I seeIf I wear a mask
I can fool the world
But I cannot fool my heart
Who is that girl I see
Staring straight back at me?
When will my reflection showWho I am inside?

I am now
In a world where I
Have to hide my heart
And what I believe inBut somehow
I will show the world
What's inside my heart
And be loved for who I am
Who is that girl I see
Staring straight back at me?
Why is my reflection
Someone I don't know?
Must I pretend that I'm
Someone else for all time?
When will my reflection show
Who I am inside?
There's a heart that must be
Free to fly
That burns with a need to know
The reason why
Why must we all conceal
What we think, how we feel?
Must there be a secret meI'm forced to hide?
I won't pretend that
I'mSomeone else for all time
When will my reflection show
Who I am inside?
When will my reflection show
Who I am inside?



movie ni pon agak best.
setelah sekian lama baru aku dapat tengok, sungguh oudated aku ini...

Wednesday, January 7, 2009

Make bungkuh?

I'm back.
Been on a roller coaster ride of feelings these days.
so much is going on right now.


got tonnes of works to be done. and everybody's demanding me to do it a.s.a.p.doesn't really matter anyway. they are the boss. it's their job to bossing around.Pity me. boohoo


just finished watching a korean movie- old miss diary. I think Astro already aired it last month, but I never got the chance to see it. quite interesting story. not great but ok lah to me.
A story that I can relate to myself.Closely.


The story's about a 32 year old women Mija (whose everyone labelled her as spinster) that has no job and no boyfriend. and she seeks for it desperately.
What I've learn from story is that NEVER hide your true feelings. If you like someone, say it to him/her.You life might turn differently if you just say you like him/her....












yeah right.Like that's gonna happen in real life!pfffftttt!










Another good news appear. Somehow, I felt like it's a bad news for me.
One of my friend was enggaged to be married. and she didn't even informed me and the rest of my colleague about this. I am happy for her. I really do.
I
t's just that, now it seems like I'm the only one whose going nowhere. Everybody else's life is changing, going to next level, evolving.

It seems like I stood by myself in a corner just watching my life, like it's being live without me.


One of my bff finally has somebody. That's one hell of a good news for me. Me and her are like BFFL forever and we kinda believe that we'll be single forever.

Sekarang minah itu sudah advanced. sudah ada 'abah'. ceit! mana pergi janji-janji ko ha Bumblebee??


haih!