Thursday, October 8, 2009

Masih Mood Beraya

iya sebab belum raya lagi

ala

7+6 tu

baru 3 je








eh sempatkah?

Wednesday, September 16, 2009

Berita Gumbira!

Last few days aku dapt kad undangan kahwin dari kawan aku kt Johor. pastu dapat plak kad raye dari Safi.Teruja gila dapat kad raye ek? rajin tol si Safi nganto kad raye.

Borak-borak ngan Ayah, pastu dia tanya, husband Safi orang mane, keje ape, sumer2 lah. Aku jawabla husband org melaka gak, keje engineer.

Pastu plak mak aku tanya...

"Akak nanti nak husband yg macam mane?"

Dengan slamber ayam aku jawab,

"Orang Korea."

Tros mak aku diam, yess aku berjaya menangkis soklan cepu gangsa mak aku!

konfem lepas ni dia dah tak tanya dah.
konfem impossible nak carik orang Korea wat menantu! haha


Nasibla Mak...

Thursday, September 10, 2009

Selamat Hari Raya!

Perghhh.

Siriyes lame tak update blog.

Macam-macam hal dah jadik.


Semalam telah berjaya menyambut ulangtahun ke 26 dengan jayanya. Countdown pon dah abis. sedar tak sedar...
Ye trimas kepada semua individu yg telah mengucapkan “Selamat Hari Jadi” dan “Hepi Burfday” untuk saya. Ingatan kalian terhadap saya amatlah saya hargai.

Dapat urge nk tulis entry ni pas tgk channel KBSW malam tadi. Rancangan faveret dikala malam selasa, “Chit Chat of Beautiful Ladies”. Malam tadi versi spesel sebab ade guest which is male foreigner. And yes, one of them is from Malaysia. How cool was that?

And so I thought…..

One turn-off factor that I had is when one girl from China (I think), started to ask the Malaysian guy about a friend of her, which is Malaysian, which is also a Muslim. She ask the Malaysian guy (Loh I think was his name, and yes he is Chinese) if he drinks alcoholic drinks, because her Malaysian girl friend does not.

Then the guy said, his Buddhist, so its okay to drink alcohol. He also said only Muslim don’t drink alcohol. Then if you do drink, you’ll be prisoned. So everybody there make faces (muka tak puas hati) because of the Malaysian guy statement.

What the elf?

And then he also made a statement about how you’ll be sent to prison too if soldiers caught you “berduaan di dalam bilik hotel” and worst, you will be force to marry if you are caught doing that unmarried. And I was like…OMG, gila salah bagi info mamat ni.

That kind of rules only apply to Muslim la… I’m really pissed-off by his statement. You are soooo don’t have a clue about Malaysia. And there I was wondering about what kind of impression that he leaves to his fellow Korean friends. He is so wrong.

Nanti sure orang Korea takut nak datang Malaysia. Sebab nanti mesti kene tangkap kalau dok kat hotel tak kahwin lagi. Kan dah salah tu.

macam nak terang kt non-Muslim pasal mende-mende tangkap basah ni ek? lagipon, like I said before, those regulation only apply for Muslims.

klu akula yang jadik guest kt show tu sure stutter giler2 punye nak menhajwab pertanyaan itu. Alamak, nk kene mendalami lagi isu ini. Next time k?



Until then, todlooo

Friday, June 12, 2009

mari berharap

bole tak kalu aku harap hari jumaat ada 2 hari dalam minggu ni?

supaya sempat nak setel semua benda yang kene siap ari isnin.









Arghhh!!

Monday, June 8, 2009

Post-Wedding Syndrome.

Owh.

Jenis penyakit yang baru di-discover.

Antara simtomnya ialah rasa lonely yang amat sangat setelah bestfren semua dah menikah, semakin kuat termenung, semakin kurang rasa seronok dan tahap LSE yang semakin menurun.

Anda mempunyai tanda-tanda ini?

Silalah berjumpa pakar sakit jiwa dengan segera.
Pengesanan awal menyelamatkan nyawa.


~ ~ sigh


Having to attend 4 straight weeks of weddings, kinda leaves you the feeling of wanting to get married as soon as possible.

(Well, not gonna happen to me in the time being, mind you) .


Then, finally watched 27 Dresses which coincidencely same of what I felt throughout the year. Strangely enough, I felt what Jane felt. Except the fact that I don’t have a cute boss which I madly in love with. plus I’m never as hot as Jane.

Well at least she has a happy ending, which I like so much. Because if it isn’t, I might get more depressed. Haha.

Maybe its real like Kevin said, that I don’t like the marriage, I just love the weddings.

Huh? Really? Oh! My gosh! That’s is sooooo not me!

Scary coincidence indeed.





****




Attending Safi’s wedding is so adventurous; it leaves me aching the whole body.


Penat giler tak hengat.


Having ‘problematic’ family, I’m so glad that we insist on watching Safi menikah. Otherwise, memang dia sorang-sorangla pegi masjid without anyone chaperoning her on her big day.

Wedding Safi memang banyak langkah kiri dan langkah kanan.

Sama banyak kot.

Mahu detail? sila lihat di blog buddytears.
aku dah maleh nk taip. hehe


until then, toodlooo...

Friday, May 22, 2009

tagged!





macam dah berzaman tak update blog.

rupanya sudah di tag oleh aidah dan liza.

ok. kita mulakan sekarang!

Copy award di atas untuk diletakkan di blog anda.
Ok.

2. Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini:

-Aidah
1: Aida adalah seorang manusia yang berkebolehan bercakap dengan laju.Mungkin 88 patah perkataan seminit.
2: Aida sedang menunggu seorang Henry Golding atau Johan "Thorpe" Abdullah untuk hadir dalam hidup beliau...
3: Beliau seorang yang outspoken.(I consider that as a good thing)
4: Beliau seorang yang kalau rasa betul, akan mempertahankan pendapat beliau sehingga ke akhirnya...(betul aida, jgn tanak ngaku)
5: Tiada manusia lain seperti Aidah.

-Liza

1: Seorang yang sangat hardworking.Saya sangat kagum dengan beliau.
2: Beliau seorang yang pandai memasak, maka beliau boleh menjadi calon isteri yang hebat.
3: Liza adalah seorang yang kerap tersusil, maka dia seorang yang kelakar.
4: Ciri-ciri lelaki idaman beliau terdapat pada Ustaz Zamri(TV9)
5: Tiada manusia lain seperti Liza.


3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya:


1. Saya adalah seorang penghidap LSE (Low Self Esteem) yang tegar.Maka saya adalah seorang yang pemalu.Benar. Saya tidak tipu.
2. Saya sangat suka menonton tv,DVD,wayang gambar dan sewaktu dengannya.Waktu senggang saya adalah waktu menonton tv.
3: Saya tidak percaya kepada cinta pandang pertama.Bagi saya, cinta pandang pertama adalah berasaskan nafsu semata-mata.
4: Saya tidak pernah jatuh cinta dan tidak pernah bercinta.(ya, agak pathetic, saya tahu)
5: Saya mendapati saya sebenarnya sudah tersalah bidang kerjaya kerana saya rasa saya tidak suka (dan tidak pandai sebenarnya) untuk mereka (design).serius.
6: Saya sangat percaya kepada hukum karma-what goes around comes around.
7: Saya ingin mempunyai sebuah rumah di tepi laut atau di tepi tasik seperti rumah didalam cerita The Lake House, The Love Letter atau Sleeping With the Enemy (ya,saya ada hajat yang besar,semua orang boleh bermimpi bukan?)
8: Saya suka mencuba sesuatu yang baru terutamanya makanan.
9: Ramai berpendapat saya adalah seorang anak nombor dua padahal saya adalah anak bongsu.Mereka berpendapat saya bukan seorang yang manja.Saya hanya bermanja kepada ahli keluarga saya sahaja.
10: Saya ingin melancong ke Norway dan Korea serta belajar berenang dan belajar menari belly dancing.



ooh sungguh seronot membuat perkara ini.



4: penerima award seterusnya:-

ermm oleh kerana saya tidak mempunyai ramai rakan-rakan didalam blogosfera ini, maka siapa-siapa yang baca entry ini telah di-tagged.

Silalah tagged orang lain pula. haha

Monday, May 4, 2009

I can dream, can’t I?

I don’t know why, but every time I’m in front or be at the nearby place of somebody of the royals or the Menteri-s I freaked out or I become somebody I’m not.







Gelabah Ayam.








Serious.




Macam masa graduation day, dapat scroll dari sultan, bile sultan tegur aku terus lupe step-step cane nak amik scroll tu.

Terus lupe pasal rehearsal.

Blank.

“Tahniah!” kata sultan,


Terkejut…terkesima…. “Ha? Oh! Terima kasih”


Ambik scroll sebelah tangan dan terus berlalu meninggalkan pentas….


Pasni kalu kene tulah tak taula…


Aku memang cepat menggelabah ayam kalu berada dekat ngan orang besar ni.
(not literally la, mind you)

cam dato’-dato’ ke tan sri-tan sri ke tun-tun ke.


Ish cane nak kawen ngan orang kaya ni?





Macam aritu nak amik gambar ngan mantan Perdana Menteri,

Dengan selamber je aku tanya “Pak Lah, nak bergambar dengan Pak Lah”


Pakkanlah Pak Lah tu sporting…klu tak kene buang negeri aku….





******




Penat shopping dengan orang yang beli barang hantaran kawen.
(orang lain yang nak kawen, bukan aku, mind you)




Abis satu kedai masuk satu kedai.


Abis satu Sogo, masuk Lot 10 plak.




Serius tak tipoo punya.




Sangat penat.








Sekarang aku macam paham perasaan ayah aku bile dia dok tunggu aku ngan mak aku p shopping.


cam insaf sikit...

Wednesday, April 8, 2009

Whacked!

“They measure from centre of the circle or from the corner of the circle?”

“ No lah… usually from the centre of the circle la”



“Really? Then how to know?”

“Depends lah on where you’re standing..”



“Then, how you measure on where to whack?”

“Up to you lah…”



“Then, the 100 feet you count on include terrain or not?”

“No lah.. If you count then matilah….hahahahhaa!”




Both continue laughing happily.


“ So, miss, do you play?”

Me- “Ermm No lah. So I have no idea what you guys are talking about just now”


“Really? Too bad.”







Oh!
Nampaknya nak meningkatkan kerjaya kena pandai main golf. Paling tidak pun, kene tahu camna nak pukul bola golf tu.



Haih!

Wednesday, April 1, 2009

APRIL FOOL: MENGHINA ISLAM DAN MARTABAT INSAN

Selain Valetine’s Day, terdapat satu lagi budaya barat yang meresap dalam diri umat Islam khusunya golongan muda iaitu Fool’s Day atau April Fool.
Jika Valentine Day disambut pada 14 Februari setiap tahun, maka April Fool pula berlaku pada 1 Aprril setiap tahun.Mereka yang meniru budaya ini merasakan seri persekitaran itu akan hilang apabila peristiwa-peristiwa itu tidak diraikan. Apa yang dibimbangi ialah pemikiran seperti ini terus berleluasa hingga satu masa nanti, ada yang mengatakan ia tidak bertentangan dengan Islam. Disedari atau tidak, golongan muda menerimanya dengan membuta tuli tanpa usul periksa adakah ia bertentangan dengan batas syarak atau sebaliknya.

Menurut sejarah, Fool’s Day atau april Fool mula diraikan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam yang bertapak berkurun lamanya di Granada, Sepanyol yang ditawan oleh tentera Kristian. Akibatnya, penduduk Islam terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera Kristian ternyata tidak berpuashati dan cuba menghapuskan orang Islam dari bumi Sepanyol.

Oleh itu, mereka membuat satu helah dengan memberitahu penduduk Islam bahawa mereka boleh keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Di kalangan umat Islam, ada yang mempercayai dan sebahagian lagi sangsi dengan pemberitahuan itu.Mereka yang mempercayainya telah meninjau di pelabuhan dan berpuashati lalu memutuskan untuk bertolak pada keesokannya hari(1 April)


Keesokan harinya, Mereka keluar membawa kesemua barangan dan menuju ke pelabuhan. Pada ketika itulah, puak Kristian mengambil kesempatan untuk menyerang penduduk Islam berkenaan. Mereka tidak sempat menaiki kapal kerana semuanya telah dibakar. Manakala orang Islam yang berada di sekitar telah dibunuh tanpa mengira lelaki,perempuan atau kanak-kanak

Peristiwa berdarah itu kemudian diraikan oleh tentera Kristian yang kemudiannya menjadi acara tahunan. Apa yang menyedihkan, orang-orang Islam merayakannya tanpa menyedari bahawa mereka sebenarnya meraikan ulangtahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Masyarakat hari ini sebenarnya tidak mengetahui dengan jelas asal usul April Fool’s. Selain boleh merosakkan akidah, budaya ini sebenarnya meniru gaya hidup kebaratan yang bertopengkan humor, gurauan,lelucon dan komedi. Bagi mereka, 1 April merupakan hari kejutan dengan berbagai perkara pelik, humor dan memalukan.

Namun apa yang dilihat hari ini ia banyak membawa unsur memalukan orang lain. Ia bukan sahaja memperbodohkan si pelaku tetapi juga yang menerima akibat bersesuaian dengan nama Fool itu sendiri yang bermaksud bodoh atau tolol. Jelas ia cuba menjatuh air muka dan martabat seseorang. Bagi yang bersikap selamba mungkin boleh menerima gurauan tersebut, tetapi bagi tidak dapat menerima pasti akan menyimpan persaan negatif dalam diri hingga akhirnya menjadi seorang yang pendendam hingga sanggup menjadi pembunuh. Ini merupakan sesuatu yang tidak diterima oleh landasan syarak.

Kita tidak wajar berkiblatkan budaya barat apatah lagi mengagungkannya kerana Islam agama yang tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi darinya. Islam mempunyia adab dalam bergurau senda tanpa menganiyai orang lain. Selain menghormati orang lain, kita juga diwajibkan menutup keaiban orang lain.

Bagi yang kurang memahami sejarah, mereka tidak merasakan apa-apa tentang budaya April Fool’s tanpa menyedari bahawa ia merupakan satu penghinaan halus ke atas umat Islam

Akhirnya, marilah sama-sama kita renungi sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
”Kamu pasti akan mengikuti jejak-jejak orang-orang sebelum kamu, sejengka demi sejengkal, sehasta demi sehasta hingga mereka masuk ke dalam lubang biawak sekalupin , pasti kamu tetap mengikuti mereka”. Kami bertanya”Wahai Rasulullah SAW, Yahudi dan Nasrani?Baginda menjawab”Lalu siapa lagi(kalau bukan mereka)-Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Disediakan Oleh:

Ust. Nordin bin Bayadi
Bahagian Penerangan dan Penerbitan
Jabatan Agama Islam Selangor

SUMBER: MAJALAH SINAR ROHANI





****





Teringat masa zaman jahiliyah kat sekolah dulu. Walaupun aku bukan pelajar sekolah berasrama penuh, tapi setiap kali April Fool, kat sekolah mesti ada seseorang yang menjadi mangsa.

Bila fikir-fikir balik, eei jahatnya aku masa tu. Bukan akula yang mengenakan orang, tapi aku jadi pemerhati je masa tu bila time nak menganiaya orang.

Kiranya aku dapat saham buat jahat jugakla. Astagfirullahalzim….

Sekarang dah tahu pasal ni, tak nak bother sambut lagilah.
Sama cam Valentine, tak nakla beriya celebrate. (ceh mcm penah sambut pon!)


Okeh. Hari ini macam insaf sikit……