Wednesday, September 17, 2008

Ghaye Dah Dekat!! Yeay!

Hari ini dah masuk hari 17 Ramadhan, bermakna, sudah 17 hari aku berpuasa.
(okey, tolak 6 hari tak boleh puasa…)

Attendance ke masjid, penuh setakat ini, (kecuali yang 6 hari tulah), dan oh malam tadi tak pegi sebab demam+hujan. Kira tercapai jugaklah azam Ramadahan tahun ini.

Dekat radio, dah berkumandang lagu raya dah. Tapi, setakat ni aku tak ada feel lagi nak raya. Tak tahulah kenapa. Mungkin sebab duduk dengan Mak Ayah so, tak ada sesiapa yang boleh rindu-merindu….hahaha

Masa belajar dulu pun, aku jarang sangat rasa bersemangat dan teruja nak raya. Sebab kawan-kawan lain duduk jauh, Johor, Terengganu, Kelatan, Pahang, Kedah,Perak... So bila tengah dengar lagu raya masing-masing dok sedihla, nak beraya kat kampong. Aku? Sangat balik kampong sekali di SubUrb itu!

Teringat kenangan masa belajar dulu, susah-susah belajar, susah lagi time berkerjaya ni.
Aku pulak jenis yang mesti sahur, tak kisahlah, minum air masak je. Tapi selalunya, makanan sahur yang rutin adalah karipap 3 biji singgit (zaman tulah singgit 3 bijik, sekarang sebji 40 sen). Kenyang je sampai petang.

Zaman puasa paling best adalah dikala 3rd Year. Sebab zaman itu, memang hari-harilah aku dok ulang-alik ke The Department. Berbuka kat situ, Sahur pun dekat The Department juga. Boleh kata 24 jam lah aku dok bertunggu-tangga di The Department itu.

Paling tak tahan sekali, ada dikalangan kawan-kawan perempuan yang cuti puasa siap bakar roti lagi kat The Department. Dekat The Department memang ada toaster, kaya, jam strawberry, roti Gardenia…semualah. Sebab waktu ada satu kumpulan yang menjual roti untuk membiayai perbelanjaan Lawatan Sambil Belajar ke Eropah.

Masa budak-budak lelaki pergi solat Jumaat, apalagi, buat roti bakarla dalam The Department. Hantu betul budak-budak ni!. Habis satu The Department bau harum roti bakar bersama kaya…aku yang berpuasa ini pun rasa angina satu badan, tak hormat orang yang puasa betul budak-budak ni.. (err tapi rasanya kalau aku tak puasa pon aku join diaorang sekali hehe)

Balik dari solat Jumaat, En. Sentul sound direct je dekat kami yang ada dalm The Department itu,

“weh! Ni sapa yang bakar roti ni woi? Taulah tak puasa!”

Jeritan En Sentul menghangatkan suasana sejuk beku di The Department. Diikuti dengan senyum paling manis yang diberikan oleh budak-budak perempuan kepada En Sentul dan Rakan-Rakan….
Kenangan-kenangan….

Boleh tergelak sorang-sorang kalau teringat cerita-cerita lama di The Department.
Manis, pahit, masam, payau, masin semua ada. Biasalah, manusia itu kn tidak sempurna. Manusia itu hanya sempurna pada kejadian oleh Sang Pencipta. Sempurna dari segi teori tapi bukan praktikal.

Kerana sifat manusia yang tak sempurna inilah, yang membuat aku, menjadi aku. Yang menjadikan engkau, sebagai engkau. Jadi, aku harus bertierima kasih kepada semua orang yang menjadi pengisi imejan bersiri kehidupan aku. Kerana aku dan kau adalah manusia yang tidak sempurna…

The life we live is not what we have; it’s what we believe…
And I choose to believe…

No comments: