Friday, August 22, 2008

Statik Statistik

Dah lama tak update blog ini.

Tiada idea yang bernas dan nafsu baru untuk di lampiaskan disini.

Setakat cerita tentang hidup aku yang plain okay ni..memang plain okay lah.

Hambar.

Malar.

Statik.



Rutin harian bermula seawal 6.30 pagi.

Bangun.

Solat.

Iron baju.

Mandi.

Sarapan.

Pergi Kerja Kejar Komuter.

Buk bak buk bak kat office.

5.30-6.00 balik (waktu balik bergantung kepada tahap ke-urgent-an kerja-kerja).

Tunggu Komuter.

6.15-7.00 sampai rumah.

Mandi.

Makan.

Solat.

Menonton peti televisyen.

11.30-12.00 tidur.

Begitulah seterusnya.



Hanya pada waktu hujung minggu je boleh nak bersuka-ria.

Keluar beronggeng bersama-sama rakan-rakan yang sama status
(sebab kalau tak sama status, hujung minggu mereka diluangkan untuk ngedate atau Masa Berkualiti bersama suami)



Cuma untuk weekends sebulan dua ni, hujung minggu dipenuhi dengan undangan walimatul urus.

Asal weekend, ada orang kahwin.
Asal orang kahwin je, weekend.





And yes,

Don’t even think about it!

I know you are going to ask,

‘Kau bila nak kahwin?’


untuk kesejuta kalinya aku jawab,

AKU TAK TAHUUUUUUUUUUUU!!!!!!



Ehem.




Berbalik kepada persoalan statik-statistik tadi.

Baru-baru ini,hujung minggu dihabiskan di Terengganu.

Rakan se-Tempat Belajar berkahwin.

Hanya kami berlima yang mewakili Rakan-Rakan Sekelas untuk ke kenduri Kaker.
Aku, Cik Kota Damansara, Cik Sri Gombak dan seorang driver, En. Ampang bersama co-driver yang banyak-tidur-dari-memandu En Sentul.

Trip yang penat tetapi meriangkan.

Dan ya, trip yang menggelapkan kulit.

Maklumlah kala tengahari buta bersiar-siar di tepi pantai.

Selepas itu, menangkap gambar aksi lompat-melompat-di-tepi-pantai.

Dan seperti biasa, Makcik-makcik Bertudung Labuh dan Pakcik-pakcik Bersongkok Putih memandang serong kapada kami.

Berapa darjah tahap kecondongan pandangan serong Makcik-makcik Bertudung Labuh dan Pakcik-pakcik Bersongkok Putih terhadap kami, tidak pula diketahui.



Kami memang Attention Seeker!



Terima kasih kepada Cik Kota Damansara, Cik Sri Gombak, En Ampang dan En Sentul untuk Hujung Minggu yang Meriangkan!

Thursday, August 7, 2008

Mencari Damai Di Hati....Bin Sharipuddin!

“Keluar dating ek semalam?”

“Boyfriend sihat?”

“Cik Abe keje mane?”


Soalan-soalan tipikal yang sering ditujukan kepada aku yang aku dah malas nak jawab.

Susah jadi orang perempuan ni tau tak?

Tambah susah kalau perempuan dah berumur macam….
(err aku ni taklah tua sangat….baru nak masuk 25…heh)


Which part of “I’m not seeing anybody” and “I don’t have a boyfriend” that they don’t understand?


Susah sangat ke nak percaya?


Unbelievable? Believe it…….. Please!




Hidup aku ini dikelilingi ramai…errr dara terlajak….

ANak DAra Lanjut USIA…..in short Andalusia…

Errr kalo Anak Bujang Tua bulehla panggil Anbutu ek?
(buruk gila bunyi!)










Aku ada seorang lecturer yang errr Andalusia…

Setiap kali dia badmood ke moody ke..mesti kami ni risau…


“Ko tolongla carikan husband untuk Dr M tu… Asyik badmood je”

“Ish…Bilalah dia ni nak kahwin… Susah betul!”


I don’t know why women who are above thirty-five and not married yet will be associated with this kind of situation. Why people like to connect being moody with marriage?

Is there any scientific explanation?

Or it is just mere assumption?

Or an urban legend?

Or a myth?



Kenapa ya?


Ada akak kat office aku ni dah berumur 40 dan tak kahwin-kahwin lagi.
And yes dia selalu mempunyai mood yang sukar di jangka. Unpredictable.
Dia boleh jadi seorang yang sangat verbal dan baik hati dalam satu masa.
Aku selalu kagum dengan mood dia yang macam harga ayam proses kat Pasar Borong Selayang tu. Kejap naik, kejap turun. Kejap ok, kejap tak ok.
Kenapa dia tak kahwin lagi?
I’m still investigating on it.
Mengikut cerita Ahli Majlis Makan-Kat-MZ, akak tu adala dua tiga kali bercinta tapi jodoh tak sampai.
So sampai la ni dia tak kahwin-kahwin lagi.
And aku tengok dia pon macam dah tak bother lagi pasal perhubungan male-female ni.
Tak kisahlah kak, janji akak bahagia…

Satu lagi kes.
Akak kat tempat keje mak aku.
Kiranya dia ni an achiever gak la.
Dah ade kete besar,
Gaji besar,
Rumah bes….eh tak rumah dia same je cam rumah aku.
Umur dia pun dalam lingkungan 40+ jugak.
And, tak kahwin lagi.
Adik-adik bawah dia semua dah kahwin.
Akak tu lawa lah jugak.Pada akulah.
Pada pandangan kaum adam tak tahulah pula kan?
Cantik itu subjektif.
Beauty lies in the eye of the beholder.
At least, that’s what people say.
Kau dan aku sama-sama punya perspektif yang berbeza tentang cantik.


Kan?


Jadik sempena esok adalah hari Jumaat, maka aku tiba-tiba terfikir.

What if, someday I’ll end up like them?

Wah! Takotnye!


At what age should I be freaked out if I don’t have a "somebody"?

25?
30?
35?
40?


Perlukah aku menggelabah ayam sekarang ni?


Erkkkkk




*errr tarik napas*


hinnss hinnss


rileks….rileks…

Monday, July 21, 2008

PREDILECTION

One Word


TAEMIN!


Budak cute yang ku kenali malam tadi.
(Well, not in person of course)

Dan yang paling tak sangka sekali, budak tu itu baru berumur 16 tahun!

He’s so talented, cute and loveable….

I fell head over heels for him…

Mau pengsan kalau jumpa face-to face!

Tak pun menjerit-jerit macam kena histeria.




Eh! Wait seminit!


Apa dia?

16?

Isn’t he’s too young for your liking?

Eh?

Iya tak iya jugak ek?

Eh?

Aku ada masalah ke?

Sebab suka kat budak yang lagi muda dari aku.

Which bring me to the matter of age difference in a relationship.

I’ve always tak kisah if I my partner is actually younger than me.
Cinta tak kenal usia.
But, most women are skeptical about dating or marrying a person younger than them.
Men who are younger than you are tend to be less mature than you are. That’s what they think. Which is true….sometime.


Berusia tak semestinya matang.
Muda tak semestinya tak matang.

For me, if he knows how to treat me well, understand me, and most important of all, know how to make the right decision, then I don’t mind the age gap at all!

A friend once asked me.

“Serius kau tak kisah?”

“ Tak. Janji dia lagi matured dari akulah.”

“ Eii…lelaki selagi tak umur 30 takdanya yang matang!”

“Ada!.Aku pernah jumpa. Dia dah kahwin dah pun. Masa dia kahwin tu umur dia baru 22. Wife dia masa tu umur 24.”

Dia, terdiam.

Ha, baru tau!

5 orang kawan aku lahir dari emak yang lagi tua dari ayahnya. Dan kesemua adik-beradiknya berjaya ke menara gading. Bak kata ayah aku.

“Anak Che Din tu semua pandai-pandai. Semua masuk u.”

Terbukti, wanita boleh bersuamikan lelaki yang lebih muda dari mereka. Malah, institusi keluarga yang dibina ternyata berjaya dan efektif.

Jadi, lepas ni jangan salahkan aku kalau tiba-tiba saham Adik-Adik tu bertambah tinggi dari biasa….

Friday, July 18, 2008

Spread The Love Y'all!

onje?












Spread The Love Y'all!
















*damn Nescafe!

Thursday, July 17, 2008

Tumpang Gembiraa...

I called one of my closest friends just now.
Just to say hello.
I haven’t seen her for quite some time now.
Kinda missed her.

Borak punya borak dia tiba-tiba sebut tentang satu perkara…
Yang aku tak sangka gila…
I was…..astonished!









“I’m getting married…” she said.

A moment of silence.




“I’m sorry, what?

“Aku tengah prepare nak kahwin ni..” she said again.

“What? Betul ke? Dengan siapa? Bila?”


She than explained and story everything about what happening to her life right now.
Turn out it was kinda arranged marriage. But she is totally fine with it. Dia cakap inilah jodoh.



Wow! (masih lagi terkejut)



After sometime I asked her back..

“Kau sukalah kat dia?”

“Suka!. Dia sangat matang dan berkarisma.Masa fisrt time jumpa dia aku rasa macam kitaorang dah kenal lama…”


Borak-borak, cerita-cerita lagi pasal dia...


“So this is it? You are sure that he’s the one? That he’s your soul mate?”


Tanpa sebarang rasa ragu-ragu dia jawab..

“Ha’ah. I’m sure.”

Wow!




...
...

Wow





...
...
...

I mean….wow!






I still can’t believe it!








I know she deserves it.
She had been through all kind of pain and suffering.
Her father passed away on the year of her SPM exam.
Her younger brother died of a road accident.
She had lost her older brother on the hectic time of Thesis.
Her older sister moved away from home never to have any connection with her and her whole family because her family thinks she married the wrong man.
And having the hardest thing to do is when she has to let go of her dream of becoming a lecturer because she had to come home and take care of her sick mother.


Mulianya hati kau.
Semulia nama kau.
Suci, Sacred.
That’s what you are.


Bijak tindakan kau meninggalkan impianmu menjadi seorang Pensyarah. (or so-called)
Sebab aku tahu kau susah nak survive kat situ.
Kat tempat kita belajar dulu.
Dengan ‘politik jabatan’ yang macam haram tu.
Kau dan aku sama-sama tak punya kipas atau air-cond untuk mengipas Orang Atasan di jabatan kita itu.
Biarlah Dia-Itu terjun dengan labu-labunya…



Trust me my dear,
You made the right choice leaving The Department.
Otherwise you wouldn’t meet you Mr. Future Husband kan?
I’m so happy for you dear.
I really do.

Friday, July 11, 2008

A Friend In Need Is A Friend Indeed...

People said good times should be shared…
I say …true…

But what about sad, unhappy times?
Would you stick around your friends if they got problems?
Would you be the shoulder to cry on?















I would…
And I did…














But looking back when I was in the Alma meter, I would consider myself as not having many close friend that I can turn to if I got problems. Should that be a problem? Entahla…

I guess it’s me that not very comfortable sharing my problem with my friends…
It’s not them….they did offer to help…ye ke?…

I think there’s only one person that I never could lie to her. She will knew everytime if I got problems or not… I consider her as my best friend…I didn’t know if she ever felt the way I do.... Thanks Bumblebee… you know who you are…

Bumblebee was my roommate back in matric. Actually she lives next to my room when I was in my first year in matric. We choose to be roommate when we were in second year. I was known to her and all her roommates as ‘budak tak mau senyum’…well my facial expression does look garang sometimes…(ok all the time…that’s what people said la..for me its my natural look..heh)…

Jadi, pada suatu hari yang cerah, aku yang dalam perjalanan nak pergi tandas terserempaklah dengan si Bumblebee ni… agaknya moodku baik hari itu, jadi aku pun senyumlah kat minah Bumblebee ni.
Rupa-rupanya sampai jer kat dalam bilik si Bumblebee ni cerita kat satu bilik…

“weh korang tau tak..tadi budak sebelah tu senyum kat aku ..”
“ye ke? Serius? Mood dia baiklah tu..”

So, since that very day, aku pun berkawan baik dengan seluruh roommate Bumblebee itu…
Sampailah sekarang...




So people, smile a lot..
A smile can brighten up your day…


Senyum seindah suria
Yang membawa cahaya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum…

Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan...

Thursday, June 26, 2008

Sambutan Jubli Perak...

Tanggal bulan 9 hadapan,
Maka bertambahlah umur aku ini…


Buat pertama kalinya seumur hidupku ini..
Hari lahirku jatuh pada bulan Ramadhan….
Awal-awal Ramadhan pula…
Dulu selalu kasihan pada orang yang menyambut birthday pada bulan puasa…


Tak best nye…tak boleh celebrate di siang hari…
Dah buka puasa baru boleh sambut…
Alaaaaa…………



Dah nak suku abad rupanya umurku ini….
Serasa baru semalam aku pergi sekolah….
Bangun pagi-pagi Mak yang kejut…
Pergi sekolah Ayah hantar…
Naik motor Ayah yang uzur itu..
(pada zaman tu lah…sekarang Ayah dah beli motor baru)

2 tahun foundation study…
4 tahun degree rasa sangat sekejap…
Masa belajar dulu hari-hari minta supaya cepat habis belajar..

Ni, bila dah kerja…
Rasa susah plak…
Rasa nak sambung belajar pulak balik…

Kalo belajar dapat duit gaji tiap-tiap bulan macam kerja makan gaji kan best?




I am growing older…
Growing up?
Tu yang susah tu…













[denial]

Wednesday, June 25, 2008

MAK...

Akak tak tahu kenapa,
Tapi malam tadi Akak mimpi pasal Mak..
Padahal Mak ada je kat bilik sebelah…

Mak,
Mak tahu tak?
Mase Along bagitau Mak ada sakit jantung,
Akak risau sangat..
Tapi akak tak nangis depan Mak..
Nanti Mak risau..
Lagipon Akak malu nak nangis depan Mak…

Akak takut sangat kalau Mak pergi sebelum Akak….
Akak takut kalau Akak tak sempat mintak maaf ngan Mak..
Macam Arwah Opah..
Arwah Opah pergi masa dalam tido..
Bila Mak nak kejut bangun solat Subuh,
Opah dah takde..
Akak takut sangat Mak…
Akak tak nak jadi camtu Mak..

Akak ingat lagi mase tu hari Angah bertunang…
Lauk-lauk ngan nasi-nasi yang dah masak untuk kenduri tunang Angah..
Alih-alih jadi hidangan kenduri arwah..

Mase itu Arwah Opah excited gile..
Sebab Angahlah cucu pertama Opah yang kahwin..
Opah siap masakkan wajik untuk kitorang…
Rupa-rupanya itulah kali terakhir Opah masak untuk kita…

Itulah kali pertama akak tengok mak sedih sangat..
Akak hanya boleh bayangkan macamana perasaan Mak mase tu,
Tak buleh bayang camne keadaan Akak kalo Mak ngan Ayah takde..

Dulu masa sekolah rendah kalau bergaduh dengan Angah dan Along..
Mak mesti bising…
Membebel….

Baru tiga anak mak ni…belum sepuluh lagi…
Asyik bergaduh je korang ni hari-hari…
Ni Mak hidup lagi…Mak ngan Ayah dah tak ada esok entah apalah nak jadi dengan korang ni…


Sekarang ni semua dah besar…
Along ngan pe’el nya…
Angah dengan ragamnya..
Masing-masing dah ada keluarga sendiri..

Akak?
Masih seperti dulu….
Belum ada banyak perubahan…
Cuma sekarang dah habis belajar…
Dah ada kerja….
Dah merasa gaji sendiri..
So its time for me to help Ayah ngan Mak….

Ayah dah pencen.
Mak pun patut tak payah kerja dah..
Tapi sebab Anak Mak yang ni gaji ciput, terpaksalah Mak kerja jugak…
Akak tau Mak susah kerja..
Lagi-lagilah dengan ragam orang-orang kat tempat kerja Mak tu…
Orang buat Mak macam-macam…
Tapi Mak buat dek jer ngan diaorang tuu…
Kalo Mak susah hati Mak tak bagitau pon kat kitorang…
Kalo Mak termenung tu Akak tau..
Mak risau sebenarnye….

Mak,
Walaupun Akak tak pernah cakap ni kat Mak..
Even though I never say this out loud…
I just want you to know Mak…







AKAK SAYANG SANGAT KAT MAK!

Friday, June 20, 2008

cam nyampah jer...

Tolonglah...





Jangan berlagak baik boleh tak?

















You are so not that saint ok?
puh-lease..












Kenapa aku jumpe orang yang macam ini?
Bajet Bagus
Cas Baik Diri Sendiri..
Tolongla...















ooh
by the way,
PMS dah tamat tempoh ye?
ini amarah yang sedikit..
bilamana aku terganggu dengan perihal orang yang banyak ragam, banyak-makan-garam-sampai-kena-darah-tinggi...












ooh yes,
ianya tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang masih mati..


TERIMA KASIH!

Friday, June 6, 2008

k e n a p a ???

why?????

arghhhh hhhhh





























































































I hate PMS!