Showing posts with label e p i l o g. Show all posts
Showing posts with label e p i l o g. Show all posts

Tuesday, April 20, 2010

muh-last

semakin hari semakin malas mahu menulis disini.

buktinya, dah berbulan tiada entri baru...














nanti dah rajin, saya update ok? hehe

Thursday, October 22, 2009

Freaking Boring!

Owh

It’s Thursday and its freaking fast.


Boring…betul.


Kadang-kadang rasa cam nak berhenti keje dan terus sambung blajar ke berhijrah ke kn? Bagi notis 24jam dan straight away blah. Huh! Berangan je la bole. Takde maknenye nak jadik kenyataan. Nanti siapa yang nak menyara Jason? Serta En Prudential? Sape nk Bagi duit kt mereka kalau bukan aku?

Kalo takde Jason dan En Prudential dah lama aku cabut berenti keje sambung blajar. Konfem dapat punye. Result degree pun (macam ) ok walaupun bukan best student atau dapat Anugerah Dekan atau the most outstanding student ;) Kalau mintak InsyaAllah dapat . Aku je yang fikir panjaaaaang kalu nak sambung blajar. Banyak nyawa yang aku kene sara dan pelihara.

Dan Sudin? Dah lama sakit baru bawak pegi berubat, nampaknya dia kene makeover skit. Kene bagi antibiotic yang power gila baru dia boleh sihat seperti sedia kala. Rindu sangat kat Sudin! Maafkan saya sebab abaikan awak. Ade depan mata pon saya buat tak kisah je. Okey pasni awak dah sihat, saya layan awak selalu ye? Jangan marah saya tau.





*****






Berborak-borak dengan besfren aku tadik, cakap pasal makan dalam pasal hal rasa terasa ni….

Bak kate omputih, ‘How much is too much?’

Kalau sekali dua tu aku faham lah nak buat lawak, tapi kalu dah sampai 17, 24 kali, tak ke makan dalam lawak2 ko tu?

Tapi, bagi aku kalau kau nak buat lawak, joking around pasal perangai ke sifat ke takpe lagi, sebab bende tu boleh ubah, tapi bila kau cakap pasal fizikal seseorang tu kau dah over the limit tu, dah boleh buat orang lain sakit hati.

Macam ada sorang kawan aku ni, , bile dia describe kawan aku sorang lagi macam ni,

“Ha, nilah namenye Akak Gigi Besar…” sambil merujuk kepada seorang rakan pompuan aku ni.
Rakan aku tadi, hanya mampu tersengih, bila dengar description kawan aku yang sorang ni.

Perghh! Kalu aku konfem dah terase dah. Maybe aku dah kuar p bilik air, nangis sorang-sorang dalam bilik air.Maybe pada dia ayat dia cukup lawak, tapi bagi aku that’s too much. It’s like she ever wish that her teeth is that big. Kamon ar, nak buat lawak biar bertempat.


Eh tetiba aku cam emo plak.



Last few days aku dapat new yang macam shocking tapi dah boring.

Same old same old.

Come to think of it, Allah itu Maha Adil. Rezeki masing-masing walaupun sometimes tidak dapat tidak untuk terdetik di fikiran tentang rasional sebalik semua kejadian ini.

Tidak dapat tidak to think of their lucky-ness in their life.
Tidak dapat tidak to think that my life sucks.
Tidak dapat tidak to think that I should be doing something, anything to prove it isn’t but I just don’t know how!



Astaghfirullah
Astaghfirullah
Astaghfirullah
Astaghfirullah
Astaghfirullah
Astaghfirullah
Astaghfirullah



Memang aku kena beristighfar banyak2 contemplate and meditate myself to think that everything happens for a reason.





Everything happens for a reason.







Indeed……

Thursday, October 8, 2009

Masih Mood Beraya

iya sebab belum raya lagi

ala

7+6 tu

baru 3 je








eh sempatkah?

Wednesday, September 16, 2009

Berita Gumbira!

Last few days aku dapt kad undangan kahwin dari kawan aku kt Johor. pastu dapat plak kad raye dari Safi.Teruja gila dapat kad raye ek? rajin tol si Safi nganto kad raye.

Borak-borak ngan Ayah, pastu dia tanya, husband Safi orang mane, keje ape, sumer2 lah. Aku jawabla husband org melaka gak, keje engineer.

Pastu plak mak aku tanya...

"Akak nanti nak husband yg macam mane?"

Dengan slamber ayam aku jawab,

"Orang Korea."

Tros mak aku diam, yess aku berjaya menangkis soklan cepu gangsa mak aku!

konfem lepas ni dia dah tak tanya dah.
konfem impossible nak carik orang Korea wat menantu! haha


Nasibla Mak...

Friday, June 12, 2009

mari berharap

bole tak kalu aku harap hari jumaat ada 2 hari dalam minggu ni?

supaya sempat nak setel semua benda yang kene siap ari isnin.









Arghhh!!

Wednesday, March 25, 2009

Lighting Plan-Podium

Tidak.

Tajuk diatas tiada kena mengena denagn entry hari ini.





Kata orang, tak kenal maka tak cinta.
Dah kenal terus tak cinta lagi. Haha

Maka, perihal cinta dan kerjaya tiba-tiba menaikkan nafsu aku nak menulis hari ini.
Seingatnya, aku tak pernah memblog pasal perkara-perkara serius macam, politik ke, ekonomi ke, sahsiah rupa diri ke… tak pernah kat sini.

Jadik, sempena kedatangan bulan April 2009 ni, aku nak sentuh sket la peri-perihal tentang kerjaya sebagai pendidik ni.

Sementelah ramai rakan-rakan sekelas yang sudah pun berjaya menjadi pelajar skim KPLI (Kursus Perguruan Lepasan Ijazah), tahniah diucapkan.

Maka, soalan-soalan lazim yang dikemukakan kepada aku seperti

“Ko tanak try KPLI ke?”

atau

“ Eh, Ko dah apply KPLI dah?”

dan juga

“Mereka sudah berjaya, anda bila lagi?”


Mak aku jugak sibuk bertanya.

“Akak tak minat ke jadik cikgu?”

“Tak maula. Perangai budak-budak sekarang, boleh buat sakit jantung!”





Tapi sebenarnya, ade gakla terpikir nak jadik cikgu. Memandangkan gaji sorang cikgu yang memang diketahui umum sangat mahsyuk!
Tapi gaji masyuk, kalo keje tension tak best gak.





Sebab kata makcik aku seorang nurse di Hospital Kajang, mostly patient yang mengidap hypertension ngan sakit jantung adalah terdiri dari cikgu-cikgu.
And baru-bari ni keluar kt paper, ramai cikgu-cikgu ni ada masalah mental seperti schizophrenia dan bipolar disorder .sebab mostly cikgu-cikgu memang spend lebih banyak masa kt sekolah berbanding dekat rumah. So rumahtangga jadi porak peranda.
Ini adalah fakta.

Lagi satu, pada pendapat aku, kalo nk jadi pendidk ni, tak kisahla cikgu ke, guru ke, tutor ke, pensyarah ke, waima cikgu driving school sekalipun, kenalah ada minat dan ilmu yang cukup.

Kalo ade minat tapi tak cukup ilmu pon tak guna. Sebab pengalaman aku mase sekolah dulu, cikgu-cikgu fresh graduate ni susah budak budak ni nak respect. Sebab muda remaja satu hal, pastu rasa cikgu-cikgu bajet bagus sebab dah grad ade degree la konon.

Tapi bukan semua cikgu-cikgu maktab ni yang tak ok, ade yang best yang boleh treat macam kawan. Yang type ni memang best dan mesra dengan murid-murid. Kalu luar sekolah memang boleh buat member kamceng punyelah.


Sementelah pembentangan Najib untuk bajet mini baru-baru ni mengumumkan banyak jawatan kosong untuk bekerja di sector kerajaan, termasuk lah untuk academic post.
Aku adela jugak apply, tapi bila nk apply tu agak ketaq lutut jugakla.
Bukan ape, pasalnya, aku sendiri rasa belum cukup ilmu didada tentang profession aku sekarang ni, apatah lagi nak mengajar orang pulak.

Bak kate papatah, umur baru setahun jagung, cane nk buat cekodok jagung?
Tak mane sedap jagung muda buat cekodok!
Bak kate ayah aku plak, hapah tak ghase!

Lepas tu pulak, aku ade seorang member yg sambung amik Masters. Dia pergi kelas nak menuntut ilmu dari pensyarah dia, tp end up dia yg kene terangkan dekat the whole class pasal current situation dan environment tentang profession dia. Sebabnya dia amik Masters tu part time, dan dia currently mmg sedang practice dalam profession dia. Dia kata tak kisah berkongsi ilmu, tapi, dia kesian kt lecturer tu sebab jatuhlah air muka dia sebagai seorang pensyarah, bila anak murid lagi arif dari pensyarahnya sendiri.

Maka, aku berpendapat betterlah aku hold dulu niat aku nak menjadi pengajar ni. Sebab –musababnya, aku tak rasa aku layak lagi nak mengajar. Walaupun aku dh berada dalam profession aku ni dalam setahun lebey. Aku rasa kene keje dalam 5 tahun lagi sebelum aku betul-betul fit nak jadik tutor atau lecturer.

Renung-renungkan dan…Selamat Beramal!

Monday, November 3, 2008

Awaken..

Tersedar aku,
Dari mimpi indah,
Yang membawa aku ke alam yang berbeza.

Alangkah seronoknya jika mimpi jadi kenyataan.
Tolong!
Jangan kejutkan aku dari mimpi yang indah ini.
Biar aku sendiri di dunia itu.

Dunia di mana tiada manusia-manusia hipokrit, opurtunis, materialistik,kosmetik, plastik..
Dunia di mana aku boleh menjadi aku tanpa perlu berselindung.
Dunia di mana realiti adalah mimpi!

Penat sudah bermuka-muka.
Penat sudah menjaga hati.
Penat sudah kecewa,
Penat sudah mengharap…

Puas sudah mengharap….


*****


Sepanjang perjalanan ini
Lembah dan lurah ku lewati
Ketenangan yang ku cari
Belum ku temui
Ku menghimpun doa bertahun
Mencari pepohon yang rimbun
Bertemu dahan yang rapuh
Tempat ku berteduh
Dulu aku sendiri
Kini masih sendiri
Hadapi hidup ini
Susah senang diri ku
Tak bertempat mengadu
Seperti burung kepatahan sayap...
Dihati kecil ku menaruh harapan...
Selagi hidup belum sudah
Aku akan terus melangkah
Ku yakin rahmat buat ku
Di hadapan menunggu...




p/s: bila nak kencang ekonomi ney?..

Wednesday, September 17, 2008

Ghaye Dah Dekat!! Yeay!

Hari ini dah masuk hari 17 Ramadhan, bermakna, sudah 17 hari aku berpuasa.
(okey, tolak 6 hari tak boleh puasa…)

Attendance ke masjid, penuh setakat ini, (kecuali yang 6 hari tulah), dan oh malam tadi tak pegi sebab demam+hujan. Kira tercapai jugaklah azam Ramadahan tahun ini.

Dekat radio, dah berkumandang lagu raya dah. Tapi, setakat ni aku tak ada feel lagi nak raya. Tak tahulah kenapa. Mungkin sebab duduk dengan Mak Ayah so, tak ada sesiapa yang boleh rindu-merindu….hahaha

Masa belajar dulu pun, aku jarang sangat rasa bersemangat dan teruja nak raya. Sebab kawan-kawan lain duduk jauh, Johor, Terengganu, Kelatan, Pahang, Kedah,Perak... So bila tengah dengar lagu raya masing-masing dok sedihla, nak beraya kat kampong. Aku? Sangat balik kampong sekali di SubUrb itu!

Teringat kenangan masa belajar dulu, susah-susah belajar, susah lagi time berkerjaya ni.
Aku pulak jenis yang mesti sahur, tak kisahlah, minum air masak je. Tapi selalunya, makanan sahur yang rutin adalah karipap 3 biji singgit (zaman tulah singgit 3 bijik, sekarang sebji 40 sen). Kenyang je sampai petang.

Zaman puasa paling best adalah dikala 3rd Year. Sebab zaman itu, memang hari-harilah aku dok ulang-alik ke The Department. Berbuka kat situ, Sahur pun dekat The Department juga. Boleh kata 24 jam lah aku dok bertunggu-tangga di The Department itu.

Paling tak tahan sekali, ada dikalangan kawan-kawan perempuan yang cuti puasa siap bakar roti lagi kat The Department. Dekat The Department memang ada toaster, kaya, jam strawberry, roti Gardenia…semualah. Sebab waktu ada satu kumpulan yang menjual roti untuk membiayai perbelanjaan Lawatan Sambil Belajar ke Eropah.

Masa budak-budak lelaki pergi solat Jumaat, apalagi, buat roti bakarla dalam The Department. Hantu betul budak-budak ni!. Habis satu The Department bau harum roti bakar bersama kaya…aku yang berpuasa ini pun rasa angina satu badan, tak hormat orang yang puasa betul budak-budak ni.. (err tapi rasanya kalau aku tak puasa pon aku join diaorang sekali hehe)

Balik dari solat Jumaat, En. Sentul sound direct je dekat kami yang ada dalm The Department itu,

“weh! Ni sapa yang bakar roti ni woi? Taulah tak puasa!”

Jeritan En Sentul menghangatkan suasana sejuk beku di The Department. Diikuti dengan senyum paling manis yang diberikan oleh budak-budak perempuan kepada En Sentul dan Rakan-Rakan….
Kenangan-kenangan….

Boleh tergelak sorang-sorang kalau teringat cerita-cerita lama di The Department.
Manis, pahit, masam, payau, masin semua ada. Biasalah, manusia itu kn tidak sempurna. Manusia itu hanya sempurna pada kejadian oleh Sang Pencipta. Sempurna dari segi teori tapi bukan praktikal.

Kerana sifat manusia yang tak sempurna inilah, yang membuat aku, menjadi aku. Yang menjadikan engkau, sebagai engkau. Jadi, aku harus bertierima kasih kepada semua orang yang menjadi pengisi imejan bersiri kehidupan aku. Kerana aku dan kau adalah manusia yang tidak sempurna…

The life we live is not what we have; it’s what we believe…
And I choose to believe…

Monday, September 8, 2008

Happy Birthday Me!

Hey,
I should not be sad.
Especially today.
This is supposed to be my happy day.


Should it?


Why?


I celebrate my Silver Jubilee year of my existence in this universe today.
I think my life right now has been the same for the past 6 years.
The only difference is that I finally got my degree and now I’m working.

I remember back when I was 18, I’ve always wonder of how my life’s gonna be in the 20’s. I always wonder of how matured I’ll be and how will I live my life?

And now here I am, in my mid 20’s, still the same. I’ve been living the same way I did back when I was 18!


Boy, look how fast time has passed by.


I am still the same old me.


The one who always timid, introvert and clumsy.
The one who always manage to conceal her feelings with a laugh.
The one who always sit at the corner, watching, while everybody else is having the time of their life.

I will always be just a face in the crowd.


THAT’S ME…


***





Happy Birthday Me!

May you live a happy life.
(whatever that means)

Be thankful of what you’ve got, because really, they’re all you got.

Patience is virtue…

You are the only true best friend of yourself…







And she cry herself to sleep….




..........




Ampunkan aku Ya Allah,
Andai aku kufuri nikmatmu.

Ampunkan aku Ya Allah,
Andai aku tidak bersyukur padaMu.

Kau beri aku bahagia.
Kau beri aku derita.
Kerana bahagia itu tidak wujud tanpa derita.

Doaku hanya padaMu Ya Allah.
Sujudku hanya padamu Ya Allah.
Hanya padamu aku meminta...

Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui…

Thursday, September 4, 2008

Bukan Cerita Dongeng

Make me a storybook,
Give me a happy ending,
For my life is not what it is.

Not being myself lately,
So much to think,
So much to ponder.

Tears seems so worthless,
As I fell hard,
On the ground of reality.

Dear Loneliness,
Please go away…
I’ve stayed with you for too long…

Dear Pessimist Mind,
Stop changing me!
Give me back my sanity.

Hello Busyness,
Come and be a friend to me,
I need you to fill my days.

Hello Bright Tomorrow,
I beg you to visit me,
Because all I’m asking for,
Is for you to make me feel okay…

Is it too much to ask?





Tuesday, September 2, 2008

Merdeka!

malam 30 Ogos 2008

10..

9..

8..

7..

6..

5..

4..

3..

2..

1..

huarghhh!!

Masa Untuk Tidur!

bertemankan bunyi dentuman bunga api nun jauh di Putrajaya..

Selamat Malam Semua.....